SINOPSIS
Novel Meniti Kaca mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Nazar.Nazar merupakan anak tunggal kepada Pak Sahar dan Mahyun. Walau bagaimanapun, Nazar bernasib malang kerana tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya kerana ibunya tidak siuman manakala bapanya pula menghidap penyakit lemah jantung, lelah dan batuk.
Pak Sahar tabah melayani karenah isterinya itu. Hasil perbincangan keluarga, akhirnya Mahyun dihantar ke hospital Bahagia di Tanjong Rambutan.Sepanjang berada di situ, Mahyun tidak menunjukkan sebarang perubahan akan sembuh.
Ketika Mahyun dalam rawatan, Salmah iaitu ibu saudara Nazar telah menguruskan kehidupan Pak Sahar dan Nazar sendiri. Anak perempuan Salmah iaitu Zainab ditugaskan setiap hari ke rumah Pak Sahar untuk menghantar makanan.
Keadaan Mahyun yang tiada perubahan itu membuatkan Pak Sahar mengambil keputusan untuk membawanya pulang semula ke rumah. Pada suatu hari, Mahyun merayua-rayau di sekekliling kampung ketika hujan lebat dan tidak pulang-pulang ke rumah. Penduduk kampung berkgabung tenaga mencari Mahyun. Akhirnya Mahyun ditemui mati di celah batang pokok kelada di tepi sebatang sungai.
Nazar sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan Zainab di rumahnya . Perbuatan itu menimbul syak wasangka penduduk kampung.Salmah mlarang Zainab ke sana lagi.Nazar gigih menghadapi dugaan itu dan belajar bersungguh-sungguh sendirian.
Setelah sekian lama membujang, akhirnya Pak Sahar mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Nazar berasa rungsing,namun dia tabah dengan berita itu dan belajar bersungguh sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaannya dan ditawarkan belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh.
Ketiadaan Nazar di rumah, kesihatan Pak Sahar semakin buruk dan akhirnya meninggal dunia. Nazar menjadi anak yatim piatu tetapi azamnya untuk menjadi seorang doktor tidak pernah padam.Dalam pada itu, kasihnya terhadap Zainab mula berputik.
TEMA
Novel Meniti Kaca bertemakan tentang ketabahan dan kegigihan hati seorang remaja dalam menghadapi pelbagai rintangan hidup sehingga akhirnya berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.
PERSOALAN
1. Kecekalan dalam menghadapi rintangan hidup
Nazar berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah seperti ibunya yang sakit mental, ayahnya yang menghidap pelbagai penyakit sehingga membawa maut, fitnah daripada orang-orang kampung tentang dirinya dan Zainab.
Dalam hal ini, Nazar mengambil sikap tidak peduli perkara tersebut dan akhirnya beliau mendapat keputusan yang cemerlangdalam peperiksaan dan berjaya menyambung pelajarannya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.
2. Orang yang bersabar dengan segala dugaan Tuhan akhirnya akan berjaya
Walaupun Nazar tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibunya serta ayahya yang menghidap pelbagai jenis penyakit yang serius, namun Nazar tetap bersabar dan akhirnya berjaya dalam peperiksaaan PMR.
3. Semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat setempat
Mak Miah, Pak Sehak, Zainab, Fauzi dan keluarga Ah Leong sangatmengambil berat tentang keluarga Nazar. Setelah ibu Nazar meninggal dunia, mereka membantu dengan menghantar makanan ke rumah Nazar dan Pak Sahar. Mereka terus menjalinkan smangat kejiranan walaupun terpaksa menghadapi beberapa tuduhan yang tidak berasas.
4. Perpaduan kaum dalam Masyarakat
Masyarakat Melayu dan Cina hidup dalam rukun damai. Mereka tolong-menolong antara satu samalain. Contohnya, keluarga Ah Leong membantu keluarga Nazar dan Nazzar sendiri membantu ah Seong dalam pelajaran.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak : Nazar
Perwatakan :
a) Tabah dan Sabar
Nazar seorang yang tabah, penyabar serta berhati mulia. Beliau tidak pernah putus asa dan kecewa walaupun terpaksa berhadapan dengan ibunya yang kurang siuman.
Selepas kematian ibunya, beliau terpaksa pula menghadapi satu lagi dugaan yang pahit seperti tanggapan masyarakat apabila melihat beliau rapat dengan Zainab.Walau bagaimanapun beliau bersabar dengan segala cemuhan.
Perkara paling berat yang terpaksa ditanggung oleh Nazar ialah apabila ayahnya pula meninggal dunia akibat penyakit jantung. Beliau terpaksa menerima kenyataan yang telah berlaku dua kematian orang tersayang dalam tempoh dua tahun sahaja. Beliau masih mampu bersabar dan meneruskan kehidupannya sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR.
b) Rajin dan Pintar
Hampir setiap malam, Nazar akan mengulang kaji pelajarannya bersama-sama dengan Ah Seong.
Nazar juga tidak lokek ilmu . ini dibuktikan apabila Nazar mengajar Zainab yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Pada waktu petang pula Nazar ke sekolah bagi menjalani aktiviti ko- kurikulum.
Nazar berjaya dengan cemerlang dalam PMR walau pun beliau diduga dengan pelbagai masalah.
c) Penyayang
Nazar tidak pernah menganggap ibunya gila dan sentiasa mengambil berat akan kesihatan ibunya. Nazar berasa berat hati untuk membenarkan ibunya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan. Nazar juga tidak setuju apabila ayahnya menyuarakan bahawa beliau ingin berkahwin kerana kasih Nazar pada ibunya amat mendalam.
d) Aktif
Walaupun sibuk mengulangkaji pelajaran tetapi Nazar tetap aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah. Setiap minggu dia akan menjalani aktiviti kokurikulum.
e) Sentimental
Nazar juga memiliki jiwa yang sentimental. Ini terbukti apabila dia mudah jatuh cinta pada sepupunya Zainab.
Watak : Pak Sahar
Perwatakan :
a) Penyayang
Sabtu, 23 Januari 2010
Drama
ASAR BELUM BERAKHIR
A. Rahim Abdullah
SINOPSIS
Orang tua gelisah sejak azan berkumandang tetapi dia hanya mampu memerhati penduduk kampung yang berpusu-pusu pergi ke surau.Dia meminta Yatim seorang pemuda buta dan yatim piatu menemaninya di bawah pokok itu. Orang tua menceritakan perihal dirinya yang baru kematian isteri dan mempunyai dua orang anak yang tidak memperdulikannya lagi. Yatim menasihati orang tua agar berdoa untuk roh isterinya. Orang tua bertambah gelisah kerana dia telah agak lama tidak bersembahyang dan tidak tahu cara untuk berdoa. Oleh yang demikian, dia meminta agar Yatim mengajarnya untuk kembali ke pangkal jalan yang diredai Allah. Yatim bersetuju dan akan membimbing orang tua dengan hati yang ikhlas. Orang tua ingin mendermakan matanya kepada Yatim tetapi ditolak secara baik oleh Yatim. Yatim takut dia tidak dapat menghafal al-quran dengan baik sekiranya dia menjadi celik. Orang tua gembira dengan keikhlasan Yatim. Imran anak orang kaya tetapi berbudi pekerti mulia memberitahu orang tua bahawa ada orang ingin bertemu beliau. Yatim mengagak mungkin anak orang tua itu. Mereka segera bergerak ke surau. Orang tua bersyukur dengan kurniaan itu.
TEMA
Kearah keagamaan yang menjurus kepada keinsafan seorang lelaki tua yang selama ini lalai dalam menjalankan perintah Allah.
PERSOALAN
Memohon keampunan Tuhan setelah gagal menjalankan perintah-Nya sekian lama
Saling bantu-membantu terutamanya dalam aspek keagamaan
Bersyukur kepada segala kurniaan Allah kepada kita.
Apa yang berlaku ditentukan Allah. Mungkin ada maksud disebalik sesuatu musibah yang menimpa diri kita.
WATAK DAN PERWATAKAN
Orang tua
Berumur dalam lingkungan 50-an
Baru tiga hari kematian isteri
Tinggal seorang diri serta tidak dipedulikan oleh anak-anak
Dahulunya seorang peminum, kaki judi dan kaki perempuan
Banyak menanggung hutang
Lalai kepada perintah Allah
Jahil tentang agama
Anak-anak tidak diberikan didikan agama
Meminta Yatim membimbingnya ke arah kebaikan
Insaf dan ingin membantu Yatim dengan mendermakan matanya
Sanggup berkorban demi kepentingan orang lain
Yatim
Berusia lingkungan 30-an
Berbudi bahasa dan bersopan santun
Baik hati dan suka membantu orang dalam kesusahan
Buta sejak kecil setelah mengalami demam panas
Anak tunggal dan anak yatim piatu
Ibu dan bapa meninggal dalam kemalangan
Dipelihara oleh bapa saudara
Seorang pendakwah
Taat pada perintah Allah
Jujur
Menolak tawaran orang tua yang ingin mendermakan matanya kepada Yatim
Berguru dengan seorang buta di Mekah
Hafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun
Imran
Berusia dalam lingkungan 10 tahun
Anak orang berada
Rajin beribadat
Patuh
Bersopan santun
Baik hati
PLOT
Permulaan
Dalam perjalanan ke surau, Yatim ditahan oleh seorang tua
Orang tua itu sedang meratapi nasib yang menimpa dirinya
Yatim mengajak orang tua ke surau
Perkembangan
Orang tua mengajak Yatim berbual-bual tentang diri masing-masing
Yatim menasihati orang tua agar tidak terlalu meratapi nasib dirinya sebaliknya berdoa
Orang tua mengaku sudah lama meninggalkan perintah Allah serta tidak pandai berdoa
Perumitan
Orang tua meminta Yatim membimbingnya ke arah jalan yang benar
Orang tua ingin mengubati mata Yatim
Orang tua berniat menyerahkan tanah milik arwah isterinya untuk dijadikan tapak surau
Sebelum waktu asar berakhir, Yatim menasihati agar orang tua bertaubat
Mata orang tua hampir buta apabila menjelang senja dan ingin mendermakannya kepada Yatim
Yatim menolak tawaran itu
Puncak
Imran memberitahu orang tua ada orang ingin bertemu dengannya
Yatim meramalkan bahawa sudah tentu yang datang itu anak orang tua itu
Peleraian
Mereka sama-sama menuju ke surau
Orang tua dipimpin oleh Imran
LATAR
Latar masa
Waktu petang antara pukul 4.30 petang hingga 7.00 malam ( waktu asar)
Latar tempat
Di bawah pokok ketapang
Di pinggir jalan
Berhampiran surau
Latar masyarakat
Masyarakat yang taat pada perintah Allah
Masyarakat yang alpa terhadap tanggungjawab sebagai seorang Islam kerana mementingkan duniawi
GAYA BAHASA
Inversi
Contohnya:
i. Bapak dalam kesusahan barangkali
ii. Bapak terlalu memuji saya nampaknya
iii. Aku selama ini tidak berbuat apa-apa
Metafora
Contohnya: Api neraka
Perulangan
Contohnya:
i. Eh eh nanti! Nanti dulu!
ii. Berdoa ? Bagaimana berdoa?
iii. Yang kurang disempurnakan. Yang sikit diperbanyakkan
Bahasa asing (Arab)
Contohnya:
i. roh almarhumah
ii. syuhada
iii. solihin
iv. Astagfirullah al Azim
v. Nabi
vi. Anbia
vii. Qadak dan qadar Allah
viii. Na’uzubillah
ix. Mukmainnah
Sinkof
Contohnya:
i. nak
ii. tak
iii. dah
iv. tau
Simpulan bahasa
Contohnya:
i. suratan takdir
ii. lupa daratan
iii. kaki joli
iv. kaki minum
v. kaki perempuan
vi. kaki judi
vii. darah daging
Personifikasi
Contohnya:
i. diserang kerinduan
ii. harta itulah yang memakan tuannya dan zuriatnya
Nada Sinis
Contohnya:
Kita sebenarnya ada tuga, dan tugas itu tak akan tamat.tugas bapak menjaga ahli keluarganya dan anak-anak dari api neraka, dan Ya Allah, adakah ke situ kekayaan digunakan ?
NILAI MURNI
Berhemah tinggi
Yatim membimbing orang tua itu dengan kata-kata yang berbaur nasihat tanpa mengecilkan hati orang tua itu malah orang tua itu insaf dan ingin balik ke pangkal jalan
Tolong-menolong
Saling bantu membantu sesama Islam terutamanya dalam aspek keagamaan
Keikhlasan
Ikhlas membantu tanpa meminta sebarang balasan. Yatim membantu orang tua mempelajari agama Islam tanpa meminta sebarang ganjaran
Baik hati
Yatim dan Imran yang baik hati serta sedia membantu orang tua yang dalam kesusahan
Kesabaran
Perlu sabar jika musibah menimpa jangan gelisah dan resah seperti yang ditunjukkan oleh orang tua
Tanggungjawab
Sebagai ketua keluarga, wajib memberikan didikan agama kepada anak-anak
Jujur
Jujur dalam mengakui kesilapan lampau.
Tabah
Yatim yang tabah mengharungi kepayahan hidup setelah kematian orang tuanya dan tabah mendalami ajaran Islam walaupun cacat penglihatan
PENGAJARAN
Kita perlu mentaati perintah Allah agar hidup sentiasa diberkati.
Kita perlu menghormati antara satu sama lain tanpa mengira usia
Hulurkanlah bantuan kepada insan yang memerlukan
Perlu tabah menerima sebarang musibah yang menimpa.
Perlu gigih meneruskan kehidupan setelah kematian orang tersayang
ADIK BERJASA
A. Rahman Hanafiah
SINOPSIS
Ahmad bertekad untuk berhenti sekolah. Tindakan itu diambil kerana ingin membantu ayahnya yang tidak lagi mampu untuk bekerja. Murad, adiknya sangat sedih dengan keputusan tersebut. Murad mengambil risiko untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik. Berharap agar mendapat ganjaran lumayan untuk membantu abangnya meneruskan persekolahan. Dalam pada itu, rakan mereka, Hassan dan Nazim ditahan oleh penjahat tersebut. Murad berjaya melepaskan tawanan. Jutawan memberikan ganjaran itu kepada Murad kerana menyelamatkan anaknya. Murad gembira kerana abangnya tidak perlu lagi berhenti sekolah kerana wang yang diperolehi mampu menampung kehidupan mereka.
TEMA
Keberanian dan kepintaran seorang pemuda dalam menghadapi permasalahan hidup yang menjurus kepadanya untuk terlibat dalam kes penculikan anak jutawan.
PERSOALAN
Rasa tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga setelah orang tua terlantar sakit.
Kemiskinan bukan alasan untuk berjaya dalam pelajaran.
Utamakan pelajaran walau apapun masalah yang melanda.
Kebijaksanaan mampu menumpaskan kejahatan yang mengancam nyawa
WATAK DAN PERWATAKAN
Murad
Anak yatim (ibu meninggal dunia)
Adik Ahmad
Murid tingkatan 3
Aktif dalam aktiviti kokurikulum (Pengakap)
Bertangungjawab terhadap keluarga
Hidup dalam kesusahan
Tinggal bersama ayah, abang dan adik
Berani mengadai nyawa asalkan abangnya tidak berhenti sekolah
Bijak merancang strategi untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik
Ahmad
Anak sulung
Abang Murad
Murid tingkatan 5
Bertanggungjawab terhadap keluarga
Sanggup berhenti sekolah bagi mencari wang setelah ayahnya lumpuh
Ambil alih tugas sebagai ketua keluarga
Pentingkan ilmu pengetahuan kerana masih belajar pada waktu malam setelah bekerja pada waktu siang
Pak Kamis
Duda dan mempunyai tiga orang anak
Menderita penyakit lumpuh
Prihatin akan pendidikan anak-anak
Hassan
Kawan Murad dan Ahmad
Agak penakut
Berupaya melahirkan idea yang bernas
Gemar aktiviti perkhemahan
Nazim
Kawan Murad dan Ahmad
Bernai
Biasa dengan suasana hutan kerana sering memburu dengan ayahnya
Midah
Adik bongsu Ahmad dan Murad
Kapten pasukan bola jaring sekolah
Kurang berminat terhadap pelajaran
Ingin menjadi pemain bola jaring terkemuka
Penjahat 1 dan 11
Penjenayah yang sanggup lakukan apa saja demi wang
Menculik anak jutawan dan mengedar dadah
Kejam dan zalim
Licik dalam melakukan perancangan
Jutawan
Seorang pegawai polis
Cekap bertindak
PLOT
Permulaan
Ahmad berhenti sekolah untuk bekerja bagi membantu keluarga
Ayahnya lumpuh sejak dua bulan lalu
Ahmad berjanji akan belajar pada waktu malam
Perkembangan
Murad berbincang dengan Nazim dan Hassan untuk selamatkan anak jutawan
Inginkan ganjaran dari jutawan bagi membantu abangnya meneruskan persekolahan
Berkhemah sambil mengesan tempat anak jutawan disembunyikan
Pergi ke sebuah gua tetapi Nazim dan Hassan tertangkap
Perumitan
Murad pulang ke rumah untuk bebincang dengan ayah dan abangnya untuk menyelamatkan rakan-rakannya dan anak jutawan
Tidak mahu memaklumkan kepada pihak polis
Murad dan Ahmad ke gua semula dan penjahat minta wang tebusan
Murad berjaya menyelamatkan semua dan menyorok di tempat wang tebusan akan dibayar
Jutawan tiba dan serahkan wang kepada penjahat
Puncak
Jutawan itu sebenarnya seorang anggota polis
Mengarahkan penjahat memasukkan semula wang ke dalam beg
Peleraian
Semua penjahat ditangkap
Murad dapat wang ganjaran
LATAR
Latar masa
Bermula dari peristiwa Ahmad ingin berhenti sekolah
Berakhir pada suatu subuh dimana pihak polis berjaya memberkas para penjahat
Latar tempat
Di rumah Pak Kasim
Di dalam hutan – tapak perkhemahan
Di dalam gua – tempat anak jutawan disembunyikan
Kawasan semak tempat wang tebusan diserahkan
Latar masyarakat
Masyarakat yang masih mementingkan pendidikan
Masyarakat yang sanggup berkorban untuk membantu keluarganya
Golongan remaja yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa culik
Golongan remaja yang hidup dalam kesusahan
Segelintir masyarakat yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri
GAYA BAHASA
Bahasa Arab
Contohnya: Insyaallah
Bahasa kesat
Contohnya:
i. sial
ii. kau penipu
iii. kau pembohong
iv. kau pendusta
v. pemeras
Inversi
Contohnya:
Malah kamu berdua juga akan aku bunuh!
Pengulangan
Contohnya:
i. di kilang, kerja kilang
ii. wang, wang, banyaknya wang …………
iii. jangan, jangan Ahmad
iv. aku nampak, aku nampak ada orang dalam gua
Peribahasa
Contohnya:
i. sambil menyelam minum air
ii. sebelum hujan sediakan payung
iii. kalau dah terantuk baru nak tengadah
iv. sekilas ikan di air, dah tau jantan atau betina
v. tak ada beban, batu digalas
Simpulan bahasa
Contohnya:
i. putus asa
ii. hilang punca
Sinkof
Contohnya:
i. saja
ii. nak
iii. tak
iv. kau
v. tu
vi. dah
vii. ni
viii. gitu
Kata-kata hikmat
Contohnya: Masa itu emas
Nada sinis:
Contohnya: ini seorang lagi..apa yang dibualkan di kedai tu tadi, entahlah, dan budak mentah, jaga kau
NILAI MURNI
Berani
Kita harus berani seperti yang ditunjukkan oleh Murad dan rakan-rakannya dalam menyelamatkan anak jutawan yang diculik.walau bagaimanapun, keberanian anda janganlah membuta tuli
Kerjasama
Kerja secara bersama-sama akan membuahkan hasil yang baik
Tanggungjawab
Perlu ada rasa tanggungjawab membantu keluarga terutamanya orang tua mereka yang terlantar sakit. Contohnya Ahmad yang sanggup berhenti sekolah untuk bekerja membantu keluarga.
Rajin
Perlu rajin berusaha untuk mengatasi sebarang masalah.
Sabar
Perlu sabar dalam menghadapi sesuatu masalah. Contohnya Ahmad yang sabar mencari akal untuk menyelamatkan anak jutawan dan rakan-rakannya
PERSOALAN
Seseorang anak perlu ada sikap tanggungjawab terhadap keluarga agar ibu bapa bahagia
berfikir dahulu sebelum bertindak agar apa yang dilakukan menperoleh hasil yang memuaskan
Semangat berani perlu ada dalam diri anak muda agar menjadi orang yang cekal dan tidak mudah putus asa
Sebarang perlakuan jenayah haruslah diambil berat demi mencapai kehidupan yang harmoni.
JALAN SEMPIT
Amelia Hashim
SINOPSIS
Mengisahkan tentang masyarkat yang berdepan dengan masalah jalan sempit untuk masuk ke kampung mereka. Azman dan Kamal berjumpa dengan Tuk Penghulu untuk mengadu bahawa mereka telah hilang gelanggang permainan. Joyah dan Dolah pula berselisih faham apabila Joyah mengadu bahawa Dolah bersikap kurang ajar terhadapnya. Dolah dikatakan menghambat Joyah yang ketika itu sedang menggunakan jalan sempit. Semuanya berkumpul di rumah Tuk Penghulu untuk mencari jalan penyelesaian atas masalah jalan sempit.Kedatangan lebai Dahaman yang enggan menyerahkan tanahnya berhampiran jalan sempit untuk kerja-kerja melebarkan jalan menjadikan keadaan semakin rumit.
TEMA
Kemanusiaan dan kemasyarakatan menjurus kepada kurang sikap tolak ansur sesama ahli menyebabkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat
PERSOALAN
Pemimpin perlu bijak menangani masalah anak buahnya
Pemimpin harus berlaku adil kepada semua pihak
Permuafakatan merupakan salah satu elemen untuk mewujudkan perpaduan masyarakat
Sesetengah anggota masyarakat hanya pentingkan diri sendiri dan tidak mengamalkan sikap tolak ansur
WATAK DAN PERWATAKAN
Tuk Penghulu
Berusia 50 tahun
Bertanggunjawab terhadap anak buah
Seorang yang gemuk
Sabar
Tidak mementingkan diri sendiri
Ambil berat aduan anak buah
Tidak mahu menerima Murali dan Ah Chong kerana mereka bukan penduduk kampung tersebut
Sabihah
Isteri Tuk Penghulu
Berusia 40-an
Cantik dan bergaya
Cemburu
Suka membebel
Suka menyampuk dan campur tangan urusan suaminya
Suka memihak pada kaum wanita sahaja
Memujuk Tuk Penghulu agar meminta anak mereka membeli tanah yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung itu
Kamal
Pemuda kampung
Berusia 18 tahun
Gemar beriadah
Bijak mengemukakan idea
Pencatat mesyuarat di rumah tuk Penghulu
Azman
Berusia 16 tahun
Gemar beriadah
Kawan Kamal
Bersama-sama denga Kamal ke rumah Tuk Penghulu
Joyah
Berusia 50-an tetapi masih sihat
Bergaduh dengan Dolah
Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur
Mengatakan bahawa Dolah sengaja melanggar punggungnya
Mahu mengajar Dolah agar menghormati orang tua apabila membuat aduan kepada Tuk Penghulu
Dolah
Berusia 40-an
Penduduk kampung
Memiliki sebuah motosikal
Tidak menghormati orang yang lebih tua
Tidak mahu mengaku salah
Murali
Berusia 40-an
Orang luar
Penjual roti di kampung itu
Bertengkar dengan Ah Chong
Menuduh Ah Chong menolak kotak rotinya
Badan penuh selut apabila jatuh ke dalam sawah selepas bergaduh dengan Ah Chong
Pentingkan diri sendiri
Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur
Terima ganti rugi RM100 kerana habis rotinya rosak ketika jatuh ke dalam sawah
Ah Chong
Berusia 40-an
Orang luar juga
Memilik basikal
Berniaga ayam dan itik di kampung tersebut
Bergaduh dengan Murali di sawah
Pentingkan diri sendiri
Tuduh Murali menolaknya jatuh
Mengalami kerugian apabila ayam dan itiknya bertempiaran lari ketika jatuh ke dalam sawah
Pak Leman
Berusia 60-an
Bapa Munirah
Menjaga Munirah dengan penuh kasih sayang
Penyabar
Mudah bersimpati
Munirah
Anak Pak Leman
Berusia 16 tahun
Kawan sekolah Kamal
Cantik dan manja
Tuduh Husin berkelakuan tidak senonoh kerana memegang kakinya semasa jatuh di jalan sempit itu
Lebai Dahaman
Tuan punya sawah di tepi jalan sempit
Pentingkan diri sendiri
Keras hati
Tidak mahu bertolak ansur
Tidak mengizinkan kerja-kerja melebarkan jalan sempit itu masuk ke kawasan tanah miliknya
PLOT
Permulaan
Sabihah minta suaminya memujuk anak mereka di bandar membeli tanah yang telah berpagar itu
Perkembangan
Kamal dan Azman mewakili penduduk kampung memohon agar Tuk Penghulu carikan kawasan untuk anak muda kampung bersukan atau beriadah pada waktu petang
Joyah pula tiba dengan masalah dengan Dolah yang dikatakan sengaja melanggar punggungnya di jalan sempit
Ah Chong dan Murali bertengkar kerana masing-masing tidak mahu beralah ketika menggunakan jalan sempit itu
Munirah mengadu yang Husin sengaja memegang kakinya ketika dia terjatuh di jalan sempit itu
Perumitan
Tuk Penghulu cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah tersebut
Puncak
Lebai Dahaman tidak membenarkan tanahnya diambil untuk memperlebarkan jalan sempit berkenaan
Peleraian
Semua terduduk kehampaan mendengar kata-kata Lebai Dahaman
LATAR
Latar masa
Siang, hanya beberapa jam sahaja
Latar tempat
Di sebuah kampung
Jalan sempit
Rumah Tuk Penghulu
Latar masyarakat
Masyarakat petani yang hidup sederhana
Masyarakat yang memilik tanah
Masyarakat yang menghormati pemimpin
Masyarakat yang tidak mahu bertolak ansur
GAYA BAHASA
Bahasa Arab
Contohnya:
i. Assalamualaikum
ii. Waalaikumsalam
Dialek daerah
Contohnya:
i. hendal
ii. ban
Simile
Contohnya:
i. macam menatang minyak yang penuh
ii. seperti manjaga sekuntum bunga ros
iii. macam nak putus jantung
iv. macam memerang menangkap ikan
v. bara dalam hati semacam menyala-nyala
Bahasa klasik
Contohnya: Hatta
Hiperbola
Contohnya:
i. basah kuyup penuh lumpur
ii. merobek-robek hati dan jantung
Sinkof
Contohnya:
i. dah
ii. tak
iii. nak
iv. tapi
v. sorang-sorang
vi. saja
vii. tu
viii. ni
ix. terantak
x. ke
Nada sinis
Contohnya:
Sedarlah sikit, awak tu sudah bercucu pun, dan sekarang ini usahkan kamu nak pagar hutan menjadi sawah.sawah yang ada kamu timbus …………….
Simpulan bahasa
Contohnya:
i. muka pintu
ii. ganti rugi
iii. hangat telinga
iv. buta mata
v. buta jati
Pengulangan kata
Contohnya:
i. Jangan menangis! Jangan menangis Murali!
ii. Duduk! Kita duduk dulu!
iii. Tak patut!memang tak patut
iv. Daripada soal hingga soal
NILAI MURNI
Perpaduan
Perlunya ada semangat perpaduan diterapdalam diri penduduk kampung agar kehidupan menjadi lebih bermakna
Kerjasama
Segala masalah akan dapat diselesaikan sekiranya kita saling bekerjasama dalam mencari jalan mengatasinya
Toleransi
Sikap mementingkan diri sendiri akan memusnahkan permuafakatan hidup antara masyarakat. Bertoleransilah dalam segala hal agar hidup lebih harmonis.
Bertanggungjawab
Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab masing-masing. Contohnya sebagai ketua kampung, segala masalah anak buah perlu diambil kira dengan adil. Manakala sebagai anak buah pula perlu patuh dan taat pada ketua.
Hormat-menghormati
Kita seharusnya menghormati ketua atau pemimpin.
Kita seharusnya menghormati orang yang lebih usianya dari kita.
Murah hati
Perlunya sikap bermurah hati demi kebaikan bersama. Contohnya Lebai Dahaman. Beliau sepatutnya mengizinkan tanahnya diambil sedikit untuk memperlebarkan jalan demi kepentingan penduduk kampung.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sentiasa hidup bermuafakat dalam melakukan segala hal demi memperoleh persetujuan dan bersatu hati serta tidak menimbulkan sebarang rasa curiga atau tidak berpuas hati.
2. Sebagai manusia, kita haruslah sentiasa memberi kemaafan atau saling bermaaf- maafan setelah melakukan sesalahan sama ada disedari atau tidak disedari demi memelihara kerukunan persahabatan.
3. Kita haruslah bermurah hati demi keutamaan orang awm.

Langgan:
Catatan (Atom)