Sabtu, 23 Januari 2010

KAJIAN NOVEL MENITI KACA

SINOPSIS




Novel Meniti Kaca mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Nazar.Nazar merupakan anak tunggal kepada Pak Sahar dan Mahyun. Walau bagaimanapun, Nazar bernasib malang kerana tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya kerana ibunya tidak siuman manakala bapanya pula menghidap penyakit lemah jantung, lelah dan batuk.

Pak Sahar tabah melayani karenah isterinya itu. Hasil perbincangan keluarga, akhirnya Mahyun dihantar ke hospital Bahagia di Tanjong Rambutan.Sepanjang berada di situ, Mahyun tidak menunjukkan sebarang perubahan akan sembuh.

Ketika Mahyun dalam rawatan, Salmah iaitu ibu saudara Nazar telah menguruskan kehidupan Pak Sahar dan Nazar sendiri. Anak perempuan Salmah iaitu Zainab ditugaskan setiap hari ke rumah Pak Sahar untuk menghantar makanan.

Keadaan Mahyun yang tiada perubahan itu membuatkan Pak Sahar mengambil keputusan untuk membawanya pulang semula ke rumah. Pada suatu hari, Mahyun merayua-rayau di sekekliling kampung ketika hujan lebat dan tidak pulang-pulang ke rumah. Penduduk kampung berkgabung tenaga mencari Mahyun. Akhirnya Mahyun ditemui mati di celah batang pokok kelada di tepi sebatang sungai.

Nazar sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan Zainab di rumahnya . Perbuatan itu menimbul syak wasangka penduduk kampung.Salmah mlarang Zainab ke sana lagi.Nazar gigih menghadapi dugaan itu dan belajar bersungguh-sungguh sendirian.

Setelah sekian lama membujang, akhirnya Pak Sahar mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Nazar berasa rungsing,namun dia tabah dengan berita itu dan belajar bersungguh sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaannya dan ditawarkan belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh.

Ketiadaan Nazar di rumah, kesihatan Pak Sahar semakin buruk dan akhirnya meninggal dunia. Nazar menjadi anak yatim piatu tetapi azamnya untuk menjadi seorang doktor tidak pernah padam.Dalam pada itu, kasihnya terhadap Zainab mula berputik.





TEMA



Novel Meniti Kaca bertemakan tentang ketabahan dan kegigihan hati seorang remaja dalam menghadapi pelbagai rintangan hidup sehingga akhirnya berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.













PERSOALAN





1. Kecekalan dalam menghadapi rintangan hidup



Nazar berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah seperti ibunya yang sakit mental, ayahnya yang menghidap pelbagai penyakit sehingga membawa maut, fitnah daripada orang-orang kampung tentang dirinya dan Zainab.

Dalam hal ini, Nazar mengambil sikap tidak peduli perkara tersebut dan akhirnya beliau mendapat keputusan yang cemerlangdalam peperiksaan dan berjaya menyambung pelajarannya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.





2. Orang yang bersabar dengan segala dugaan Tuhan akhirnya akan berjaya



Walaupun Nazar tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibunya serta ayahya yang menghidap pelbagai jenis penyakit yang serius, namun Nazar tetap bersabar dan akhirnya berjaya dalam peperiksaaan PMR.



3. Semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat setempat



Mak Miah, Pak Sehak, Zainab, Fauzi dan keluarga Ah Leong sangatmengambil berat tentang keluarga Nazar. Setelah ibu Nazar meninggal dunia, mereka membantu dengan menghantar makanan ke rumah Nazar dan Pak Sahar. Mereka terus menjalinkan smangat kejiranan walaupun terpaksa menghadapi beberapa tuduhan yang tidak berasas.



4. Perpaduan kaum dalam Masyarakat



Masyarakat Melayu dan Cina hidup dalam rukun damai. Mereka tolong-menolong antara satu samalain. Contohnya, keluarga Ah Leong membantu keluarga Nazar dan Nazzar sendiri membantu ah Seong dalam pelajaran.























WATAK DAN PERWATAKAN



Watak : Nazar



Perwatakan :



a) Tabah dan Sabar



Nazar seorang yang tabah, penyabar serta berhati mulia. Beliau tidak pernah putus asa dan kecewa walaupun terpaksa berhadapan dengan ibunya yang kurang siuman.

Selepas kematian ibunya, beliau terpaksa pula menghadapi satu lagi dugaan yang pahit seperti tanggapan masyarakat apabila melihat beliau rapat dengan Zainab.Walau bagaimanapun beliau bersabar dengan segala cemuhan.

Perkara paling berat yang terpaksa ditanggung oleh Nazar ialah apabila ayahnya pula meninggal dunia akibat penyakit jantung. Beliau terpaksa menerima kenyataan yang telah berlaku dua kematian orang tersayang dalam tempoh dua tahun sahaja. Beliau masih mampu bersabar dan meneruskan kehidupannya sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR.



b) Rajin dan Pintar



Hampir setiap malam, Nazar akan mengulang kaji pelajarannya bersama-sama dengan Ah Seong.

Nazar juga tidak lokek ilmu . ini dibuktikan apabila Nazar mengajar Zainab yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pada waktu petang pula Nazar ke sekolah bagi menjalani aktiviti ko- kurikulum.

Nazar berjaya dengan cemerlang dalam PMR walau pun beliau diduga dengan pelbagai masalah.



c) Penyayang



Nazar tidak pernah menganggap ibunya gila dan sentiasa mengambil berat akan kesihatan ibunya. Nazar berasa berat hati untuk membenarkan ibunya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan. Nazar juga tidak setuju apabila ayahnya menyuarakan bahawa beliau ingin berkahwin kerana kasih Nazar pada ibunya amat mendalam.



d) Aktif



Walaupun sibuk mengulangkaji pelajaran tetapi Nazar tetap aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah. Setiap minggu dia akan menjalani aktiviti kokurikulum.



e) Sentimental



Nazar juga memiliki jiwa yang sentimental. Ini terbukti apabila dia mudah jatuh cinta pada sepupunya Zainab.









Watak : Pak Sahar



Perwatakan :



a) Penyayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan