TAWANAN
KOMANDER CAUCASUS
SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan Farhani dan
rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing
dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila
warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan
berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di
kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat.
Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut
bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi
Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.
Setelah sebulan berita kehilangan
Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di
Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada
murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang
diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian
tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang.
Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan
tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan
kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani
bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.
Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.
Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.
Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.
Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.
Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.
Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.
Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.
Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.
Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.
Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.
TEMA
Penerangan ; Tema sesebuah karya adalah tidak dapat ditetapkan kerana bergantung pada tanggapan seseorang pembaca; misalnya ada pendapat mengatakan bahawa tema novel ini ialah seperti yang berikut;(tetapi kita harus ingat, tema karya satu sahaja)
Kegigihan (remaja) membebaskan diri daripada tawanan.
Bersatu menentang kezaliman.
Keberanian melawan kejahatan.
Keadilan; iaitu perbuatan seseorang yang jahat akan mendapat balasannya keterangan:-
Apa-apa balasan yang
diterima sama ada baik atau buruk berpunca daripada perbuatan sendiri.
Demikianlah keadilan yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Terdapat
ungkapan yang mengatakan bahawa dalam jiwa manusia ada sifat haiwan, begitulah
sebaliknya. Walaupun watak watak melibatkan serangga kumbang, namun kehidupan
mereka digambarkan oleh pengarang sama seperti manusia. Mereka mempunyai
kerajaan, pembesar, tentera dan rakyat. Sikap mereka juga sama seperti manusia
iaitu ada yang baik hati dan setia. Selain itu ada juga yang menjadi
pengkhianat dan pembelot. Hakikatnya semua makhluk di dunia ini ialah milik
Allah. Pengarang berusaha menyorot kehidupan dan perasaan kumbang yang berkisar
tentang keadilan.
PERSOALAN
Persoalan sesebuah karya tidak terhad; antara persoalan novel Tawanan Komander Caucasus ialah;
- Perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan generasi muda.
- Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang seseorang
- Keberanian menhadapi cabaran
- Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri.
- Bekerjasama dalam menentang kejahatan.
- Semangat setia kawan membawa kebaikan.
- pebezaan antara dimensi kehidupan kumbang dengan dimensi kehidupam manusia.
- tamak akan kuasa hingga mengancam nyawa makhluk yang lain.
- keinginan untuk menakhluki dunia dan manusia.
- kepatuhan pengikut terhadap pemimpin atau ketua.
- Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.
- Keperluan manusia untuk memahami keperluan haiwan
- Sesetengah kejadian alam bersifat misteri dan tak terjangkau oleh akal manusia
- Rasa bersalah akibat kesombongan diri
WATAK DAN PERWATAKAN
-watak ialah termasuk latar belakang watak dan
perwatakan merupakan sikap/sifat watak.
LATAR
LATAR TEMPAT
|
LATAR MASYARAKAT
|
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Kencana
Tempat-
|
Petang – Farhani menunggu kawan-kawannya
sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat datang, Farhani mencari
kumbang bersendirian
|
|
Rumah usang
Tempat Farhani dan rakan-rakannya memasuki alam kumbang
|
Malam
|
Warga sekolah yang terdiri daripada guru dan
murid. Guru memberi tugasan kepada murid
|
Mahligai Komander Caucasus
Tempat:
|
Masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai
kaum yang saling bekerjasama
|
|
Dusun datuk Farhani
-2 peristiwa yang berlaku di sini; iaitu…
|
Masyarakat pengamal media yang terdiri daipada
wartawan, jurugambar yang bertugas untuk mendapatkan berita
|
|
Makmal sains sekolah
|
Golongan remaja
|
|
Dunia kumbang
|
Masyarakat haiwan
|
PLOT DAN TEKNIK PLOT
-keseluruhannya plot novel ini disampaikan secara
kronologi
Teknik Plot (Cara pengarang menyampaikan
cerita)
Pemerian – penceritaan oleh pengarang
Dialog – perbualan antara 2 orang atau lebih watak
Monolog (Luaran – kata-kata terkeluar tetapi
ditujukan kepada diri sendiri/ Dalaman – bercakap kepada diri sendiri dalam
hati)
Imbas muka (menjangka apa-apa yang berlaku pada
masa depan?)
Imbas kembali – mengenang kisah lalu
Saspens – unsur yang menimbulkan perasaan ingin
tahu pembaca
Kejutan – sesuatu yang berlaku tanpa
disangka-sangka
GAYA BAHASA
Antara gaya bahasa yang biasa digunakan oleh
pengarang ialah penggunaan dialek, peribahasa, istilah dalam bahasa asing,
simile, metafora (bahasa kiasan), personifikasi, inversi (ayat songsang),
repitisi (perulangan)asonansi, aliterasi, hiperbola, anafora, epifora dan
sinkope (kependekan kata). Dalam movel ini, pengarang menggunakan gaya bahasa
yang berikut
- Nilai dan pengajaran
- Sinkope
- Personifikasi
- Anafora (pengulangan kata pada awal baris)
- Inversi
- Peribahasa
- Hiperbola
- Metafora
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai (nilai muri/nilai kemanusian)
Antara nilai yang yang terdapat dalam novel ini
ialah;
- Kasih sayang
- Keberanian
- Kebebasan
- Kejujuran
- Hemah tinggi
- Baik hati
- Kesyukuran
- Bertanggunjawab
- Kerjasama
- Kebijaksanaan
- Kegigihan
- Keinsafan
PENGAJARAN
Pengajaran ialah mesej/amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang sebagai ikutan/peringatan (ditegah)/pedoman kepada para pembaca.
Pengajaran ialah mesej/amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang sebagai ikutan/peringatan (ditegah)/pedoman kepada para pembaca.
Antara pengajaran yang ingin disampaikan oleh
pengarang novel ini ialah
Kita hendaklah bekerjasama menghadapi cabaran.
Contohnya
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita janganlah bersikap tamak. Contohnya
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita mestilah berani mengakui kesalahan diri dan
meminta maaf. Contohnya
_________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita haruslah berani menyelesaikan segala cabaran.
Contohnya
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita tidak seharusnya bersikap buruk terhadap
haiwan. Contohnya
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita mestilah bertanggungjawab dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Contohnya________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi sesuatu
cabaran. Contohnya_______________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kenapa tiada perwatak mak kiah, mak temah Dan norimi
BalasPadamKenapa take ada watak & perwatakan norimi,mak temah dan mak kiah
BalasPadam