Rabu, 4 November 2009

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: CERPEN

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA : CERPEN

BAHAGIAN D: CERPEN

SAYANG AYAH
Omar Mamat

Sinopsis

Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang bertajuk “SAYA SAYANG AYAH”.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan “SAYA SAYANG AYAHHHHH”.


Tema

* KASIH SAYANG
Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah tiri yang sering mendera dan memukulnya. Angamah tetap menyayanginya selayaknya sebagai seorang ayah. Kanak-kanak seperti Angamah yang bersih dan suci hatinya masih dapat memaafkan segala perlakuan ayahnya itu terhadap dirinya, apatah lagi apabila dia menerima khabar kematian tragis ayahnya itu.

Persoalan
1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa.
Contoh:
2. Kepentingan pendidikan.
Contoh:
3. Keganasan dalam keluarga.
Contoh:
4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan.
Contoh:

Watak dan perwatakan

Watak utama

Angamah
 kanak-kanak berbangsa India
 sering dipukul oleh ayah tirinya
 belajar dalam darjah enam Kenanga
 anak sulung dalam keluarga
 sering ponteng sekolah kerana menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh ayahnya serta ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
 Tidak suka hal peribadinya diketahui umum kerana akut dimarahi oleh ayahnya
 hidup dalam ketakutan dan kesedihan
 bijak dalam pelajaran
 bertanggungjawab
 penyayang walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi angamah tetap menyayangi lelaki tersebut
 pendiam dan suka termenung
 rajin

Watak sampingan

Cikgu Bustam
 berusia dalam lingkungan empat puluhan
 guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah
 penyayang
 bertanggungjawab
 berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah
 prihatin terhadap masalah murid-muridnya
 disayangi oleh murid-muridnya

Ayah
 ayah tiri Angamah
 Berbadan sasa, berwajah bengis
 Garang terhadap Angamah
 Tidak berperi kemanusiaan
 Tiada belas kasihan
 Pemabuk
 Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini sebagai buruh binaan
 Mati akibat kemalangan di tempat kerja

Emak
 Ibu kandung Angamah
 Tiada sifat keibuan
 Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya
 Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah
 Telah berpisah dengan ayah Angamah dan berkahwin lain
 Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup

Guru Besar
 bertanggungjawab
 mudah diajak berunding
 bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah
 baik hati

Dahlan
 ketua Kelas Enam Kenanga
 patuh akan arahan guru
 bertanggungjawab terhadap tugas

Jamiliah,Judith dan Anwar
 rakan sekelas Angamah
 berbangga dengan ibu bapa masing-masing
 aktif dalam perbincangan dalam kelas

Plot

1. Permulaan:
 Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah‘
 Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang perasaannya terhadap ‘ayah’
2. Perkembangan:
 Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam
 Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. Ayahnya sering memukul Angamah.
 Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil oleg Cikgu Bustam
 Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya.
3. Perumitan:
 Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya
4. Puncak Cerita:
 Angamah menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah
 Angamah dibawa ke hospital
 Ayah tiri Angamah meninggal dunia
 Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya



5. Peleraian Cerita:
 mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
 Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi
 Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya.

Latar

Latar tempat

 bilik darjah tahun Enam Kenanga
 tempat Angamah menerima ilmu dari Cigku Bustam
 tempat di mana Angamah diminta oleh Cikgu Bustam menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya
 rumah Angamah
 tempat Angamah selalu didera oleh ayahnya
 bilik guru
 Cikgu Bustam memanggil Angamah untuk bertanyakan sebab mengapakah tangannya bengkak
 bilik guru besar
 hal Angamah dibawa ke pengetahuan guru besar
 hospital
 ayah Angamah dibawa ke hospital setelah ditimpa kemalangan
Latar masa
 berlangsung lebih kurang tiga hari
 bermula pada suatu hari di dalam kelas tahun Enam Kenanga ketika cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menyiapkan sebuah karangan.
 berakhir pada suatu hari ketika mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
Latar masyarakat
 masyarakat yang bertanggungjawab terhadap manusia di sekelilingnya
 sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Cikgu Bustam ketika membantu Angamah apabila mengetahui yang Angamah sentiasa didera
 masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan teguran guru mereka
 murid-murid tahun enam Kenanga yang patuh pada arahan guru mereka Cikgu Bustam
 segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab walaupun terhadap ahli keluarganya sendiri
 Sikap ibu dan ayah Angamah yang sentiasa meletakkan beban menjaga adik-adiknya yang masih kecil sehingga terpaksa mengabaikan pendidikan

Gaya Bahasa

1. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami
2. Terdapat penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini

 Simile:
1. Ayah macam dirasuk syaitan
2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak
3. Suara yang bagaikan halilintar

 Personifikasi:
1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga
2. Kelas jadi hidup
3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya
4. Matahari telah condong ke darat
5. bola matanya beralih ke arah jalan
6. tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya
7. seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja

 Hiperbola:
1. Tengking ayah bagaikan halilintar
2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya
3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi

 Perulangan:
1. Saya sayang ayah
2. Dia tidak mahu

 Sinkof:
1. nangis
2. tak
3. nak

 Simpulan bahasa
1. kurus melidi
2. ekor kuda

 metafora
1. bola mata
2. ayah selaku payung dalam rumahtangga
3. malam yang semakin larut

Nilai Murni

1. Kasih sayang
 Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya
 Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya
 Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya

2. Bertanggungjawab
Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.

3. Bersimpati
Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Angamah

4. Patuh
Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang masa ibu dan bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah

5. Baik hati
Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering memukul dan memarahinya tanpa sebab.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita
2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini
3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa
4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan
5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan melindungi dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak


PERTEMUAN
Faizati Mohd Ali

Sinopsis

Mun ke sebuah gerai dengan harapan untuk mendapat sedikit makanan kerana terlalu lapar. Namun, Mun untuk diterajang oleh pemilik gerai tersebut. Kelaparan memaksa Mun untuk terus berusaha untuk mencari sesuatu. Mun berjumpa dengan Jonny yang tingal di sebuah rumah yang besar dan cantik. Mereka berdua bercerita tentang dua dunia yang terlalu asing bagi mereka.Mun dan Jonny berhasrat untuk bertukar tempat bagi menikmati kehidupan yang asing bagi mereka itu.Nasib Mun malang apabila terpaksa menghadapi kesakitan kerana dibelasah dengan teruk oleh tuan Jonny. Mun berputus asa, tetapi akhirnya muncul sepasang suami isteri yang membela nasib Mun yang telah lama menderita itu.

Tema

Keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dalam kehidupan sebenar. Contohnya Mun yang merempat berjumpa dengan Johnny yang hidup mewah tetapi terkurung. Mereka cuba untuk bertukar kehidupan masing-masing, Mun cuba untuk hidup mewah tanpa memperdulikan soal kelaparan manakala Johnny cuba untuk merasa kebebasan hidup Mun.

Persoalan

1. Sesuatu yang dianggap baik ada keburukannya
• Sesuatu yang indah dikatakan menyeronokkan
• Berbeza dengan hakikat sebenar
Contoh: Mun ingin hidup seperti Johnny (hidup terkurung tetapi cukup segalanya) tetapi bagi Johnny hidup bebas seperti Mun satu keinginannya.

2. Tiada lagi perikemanusiaan
• sikap yang kian terpinggir dalam kehidupan masyarakat
• bersikap materialistik
Contoh: Mun yang telah lali dengan caci maki dan sepak terajang manusia sehingga Mun tidak lagi percaya adanya manusia yang bersimpati dengan nasibnya.





Watak dan Perwatakan

Mun
• seekor kucing liar
• kucing kurap yang hidup merempat/ kurus dan kotor
• hidup menderita / geledah tong sampah untuk mencari makanan atau mencari sisa-sisa makanan di gerai-gerai
• sering dimaki hamun dan disepak terajang oleh manusia
• berangan untuk hidup mewah seperti Johnny walaupun hidup terkurung
• Baik hati
• Semakin tidak faham dengan sikap manusia
• Diselamatkan oleh sepasang suami isteri


Amadeus Gonzales Johnhem ( Jonny )
• Kucing baka Parsi
• Ibu bapanya pernah menjadi juara dalam pertandingan kucing
• Berbulu panjang dan lebat
• Dijaga dengan rapi oleh tuannya/diberi ubat dan suntikan bagi melindunginya daripada penyakit
• Masih belum mengenal dunia yang sebenarnya
• Hidup terkurung
• Ingin hidup bebas seperti Mun

Mimi
• budak kecil yang ditemui oleh Mun di sebuah gerai
• baik hati
• belas kasihan.

Pemilik gerai makan
• Wakil manusia yang bersifat tidak berperikemanusiaan
• Memukul Mun tanpa belas kasihan

Tuan Johnny
• Lelaki bertubuh sasa
• Menyayangi Johnny sesungguh hati
• Marah dengan kehadiran Mun di rumahnya
• Memukul Mun dengan kayu dan menyepak Mun hingga cedera

Sepasang suami isteri
• Wakil manusia yang baik hati
• Berasa simpati dengan nasib malang Mun
• Mengutuk perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan Mun terlantar kesakitan
• Menyelamatkan Mun yang cedera parah dengan menghantar Mun ke klinik haiwan
Latar

Latar masa
• Waktu siang

Latar tempat
• Gerai makan
• Kawasan kurungan Johnny
• Di tepi jalan raya

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tiada perasaan belas kasihan terhadap haiwan.
• Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
• Kehidupan haiwan yang mewah
• Kehidupan haiwan yang serba kekurangan

Gaya Bahasa

 Simile
• Satu gaya bahasa kiasan yang berfungsi sebagai kata perbandingan.
• Melibatkan kata-kata perbandingan seperti seolah-olah, umpama, bak, bagai, seperti dan sebagainya.
Contoh :
1. Tidak seperti Mun, hidup diladungi derita setiap masa
2. Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan

 Personifikasi
• Satu gaya bahasa kiasan yang membawa sifat orang kepada sesuatu objek
• Gaya bahasa ini juga dikenali sebagai perorangan, (mengorangkan yang bukan orang,yakni memberi sifat ataupun ayat dalam yang sama ataupun berlainan.
Contoh:
1. Simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah
2. hati Mun berbisik, memujuk perut yang sudah menjerit lagi
3. Keperitan menghiris tanpa simpati
4. Kegarangan hujan
5. Deruman enjin kenderaan manampar pendengaran Mun

 Hiperbola
• satu perbandingan yang melampau
1. Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga diri Mun, menyelinap ke seluruh saraf
2. anak matanya menjelajah dada langit

 Perulangan
• Penggunaan kata atau ayat yang berulang-ulang dalam sesebuah penulisan.
• Perulangan ini boleh melibatkan perkataan ataupun
ayat dalam situasi yang sama ataupun berlainan.

 Bahasa Inggeris
• Flea color
• Damn

 Istilah sains
• Feline Leukemia
• Felina Panleukopenia
• Rabies
• Ear mites

 Sinkof
• Perkataan singkatan
1. nak
2. tak
3. tapi

Plot

1.Permulaan
 Mun cuba mendapatkan makanan di sebuah gerai
 Dihalau oleh tuan punya gerai
 Selongkar tong sampah berhampiran

2. Perkembangan
 Mun disergah oleh seekor anjing
 Mun jumpa rumah besar dan cuba memasukinya
 Mun dan Johnny berkenalan

3. Perumitan
 Jonny dan Mun bersetuju untuk bertukar tempat tetapi hajat mereka tidak kesampaian

4. Puncak
 Mun dibelasah oleh tuan Jonny sehingga mengalami kecederaan yang parah

5. Peleraian
 Mun diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang baik hati dan mereka bercadang untuk membawa Mun ke klinik haiwan

Nilai Murni

 Berbelas kasihan
Hati manusia seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan seperti Mun

 Bertanggungjawab
Sepasang suami isteri yang bertanggungjawab dalam memastikan Mun mendapat rawatan akibat daripada kecederaan.

 Sayang kepada binatang.
Kita tidak seharusnya membiarkan haiwan yang tercedera begitu sahaja. Berilah rawatan yang sewajarnya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sayang akan makhluk tuhan dan berusaha untuk hidup dalam suasana yang harmoni.
2. Kita harus menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
3. Kita harus melaporkan perbuatan penganiayaan yang berlaku di sekeliling kita kepada pihak yang berkuasa.
4. Kita hendaklah menolong mereka yang lemah dan memerlukan bantuan daripada kita dengan hati yang ikhlas


DUGONG
Hizairi Othman

Sinopsis

Nak Dugong gentar apabila mendengar keluhan Tuk Dugong yang mengatakan bahawa kaum mereka semakin pupus. Nak dugong ingin berbicara dengan lebih lanjut dengan Tuk Dugong apabila Nak Dugong 1 dan Nak Dugong ll mengajak pergi ke seberang laut. Mereka sedang menikmati makanan di situ apabila Nak Dugong ll menjerit meminta tolong. Nak Dugong mendapati Nak Dugong l terperangkap di dalam jaring sementara Nak Dugong ll terkena lembing. Pada masa yang sama, Tuk Dugong menghampiri Nak Dugong dan menasihatikannya agar meninggalkan kawasan itu. Tuk Dugong bertindak menyelamatkan Nak Dugong yang hampir terkena lembing manusia. Walau bagaimanapun, Tuk Dugong berjaya ditangkap oleh manusia. Nak Dugong meninggalkan kawasan itu dengan rasa kesal dan sedih yang amat sangat.

Tema
• kerakusan manusia demi kepentingan diri.
Tema cerpen ini ialah nafsu manusia yang mengancam mahluk yang lain.

Persoalan

1. Dilema kepupusan spesis haiwan laut
Contoh: Dugong adalah hidupan laut yang semakin pupus kerana diancam oleh manusia untuk mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual

2. Sikap dan tindakan manusia
Contoh: Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh dengan kejam demi kepentingan dan keuntungan mereka.Peristiwa kematian Nak Dugong I dan Nak Dugong II serta Tuk Dugong dapat dibuktikan.

3. Pengorbanan dan tanggungjawab
Contoh: Tuk Dugong telah menyelamatkan Nak Dugong yang merupakan pewaris generasi dugong yang diancam kepupusan.


Watak dan Perwatakan

Watak utama

Nak Dugong

 Sensitif
Ketika Tuk Dugong bertanyakan asal-usul dan hal ibu bapanya.Secara tiba-tiba dia berasa sedih dan ingin menangis ketika dia teringat akan nasib ibu bapanya yang mati terbunuh akibat terkena kipas kapal.

 Menghormati orang yang lebih tua dan dewasa
Nak Dugong menghormati Tuk Dugong kerana dia telah banyak mengajarnya tentang kehidupan Dugong yang penuh cabaran dan bahaya.

 Pendendam
Peristiwa Nak Dugong menyerang bot manusia yang menagkap Nak Dugong I dan Nak Dugong II.

 Setia Kawan dan simpati
Nak Dugong menghargai persahabatannya dengan Nak Dugong I dan II,walaupun baru berkawan dengan Nak Dugong I dan II dia tetap hendak menyelamatkan mereka tetapi telah dihalang oleh Tok Dugong.

 Mudah Terpedaya
Nak dugong terperangkap dalam bahaya sewaktu di sebelah barat kerana sikapnya mudah terpedaya oleh kata-kata Nak Dugong I dan II bertindak terburu-buru dan buruk sangka Nak Dugong cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II dan Nak Dugong menganggap Cik Dugong suka melayan jantan.

Watak-watak Sampingan

1. Tuk Dugong
 Bersikap terbuka
menceritakan pengalaman dan pengetahuanya kepada Nak Dugong mengenai sejarah dugong yang menjadi buruan manusia

 Bersyukur kepada tuhan
Dialog diantara Tuk Dugomg dengan Nak Dugongdapat dilihatkan keredhaan dan kesyukuran Tuk Dugong terhadap takdir tuhan.Cthnya,dia bergitu marah apabila Nak Dugong mempersoalkan takdir yang ditentukan oleh tuhan.

 Ikhlas dan sanggup berkorban
Pengorbanan yang dilakukan oleh Tuk Dugong kepada Nak Dugong dengan ikhlas demi menjaga generasinya supaya tidak pupus

 Berani dan kuat semangat
Tuk Dugong berani menyelamatkan Nak Dugong drpd rejaman lembing,walaupun keadaan Tuk Dugong cedera parah,namun sempat menyondol bot sehingga beberapa orang terhumban ke dalam laut.

3. Cik Dugong

 Isteri kepada Ngah Dugong
 Bersikap sabar
 Dia memberi nasihat kepada Nak Dugong, tetapi dia tidak mendengar nasihat Cik Dugong malah Nak Dugong memarahi Cik Dugong
 Tidak menyimpan dendam
 Cik Dugong tidak mengambil hati dengan kata-kata Nak Dugong yang menyakitkan hatinya.

3. Nak Dugong I dan Nak Dugong II
 Nakal
 tidak mahu mendengar nasihat dugong yang lebih tua.
 Terburu-buru dan tidak berhati-hati
 Mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir tentang bahaya yang menanti dan hanya mementingkan kelazatan makanan.

Plot

1. Permulaan
 Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang mereka hadapi.
2. Perkembangan
 Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai mereka pergi ke seberang laut
3. Perumitan
 Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam jaring dan di tangkap oleh manusia.
4. Puncak
 Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong.
5. Peleraian
 Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat sedih.

Latar

Latar Tempat
 Gua
Tempat tinggal Nak Dugong untuk berehat,tidur dan makan
 Arah barat Lautan
Tempat menjadi medan tumpahnya darah Tuk Dugong tewas oleh tusukan lembing ketika menyelamatkan Nak Dugong.Tempat ini jugalah Nak Dugong I dan Nak Dugong II mati ditangkap oleh manusia.
 Lautan Afrika Barat
Tempat ibu bapa Nak Dugong terkorban akibat terkena kipas kapal.

Latar Masa
 Zaman Moden
kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas kasihan terhadap haiwan.
 Dalam masa 2 hari

Latar Mayarakat
 Masyarakat hidupan laut yang mempunyai panggilan dan pangkat.
Cth:- ikan bilis sebagai NakBilis, ikan tuna Sebagai Kak Tuna.
 Masyarakat ikan dugong yang bersatu hati memikifkan kesinambungan keturunan mereka.
 Masyarakat ikan dugong yang mementingkan makanan tanpa mementingkan keselamatan diri

Gaya Bahasa

 cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa bercerita. Contohnya:
Hatiku mula panas. Aku memang sudah lama berlalu dengan Cik Dugong. seboleh-bolehnya tidak mahu bertegur sapa.

 gaya bahasa dialog digunakan juga. Contohnya:
“apa dosa kita, Tuk Dugong”
“Bodoh nya kau, Nak Dugong! Tu daging kau tu, hidangan enak bagi mereka.
Lemak kita dijadikan minyak. Begitu juga nasib kulit kita dan gading kita.”

 Pemilihan kata (diksi) cerpen ini indah dan berkesan. Contohnya:
bagaimana Tuk Dugong dapat memahami ombak yang bergelora didadaku ini?
Entah mengapa mulutku terkunci mendengar

 Penggunan Diksi
i. Pengulangan
Sedang aku menjenguk-jenguk di sekitar gua(Hal. 87)
ii. Sinkof
Emm,kami nak ke sebelah barat(hal. 87)
Tapi sebelum itu,kau mesti ikut aku ke rumah Tuk dugong (hal. 87)

 Penggunaan Ayat
.Ayat Pendek
Cik Dugong menjanda sekarang (hal. 84)
Aku segera memintas (hal. 86)

 Ayat seru
i. ``Sini pun ada !” (hal. 87)
ii.``Tuk Dugong !” (hal. 90)

 Ayat Tanya
``Kamu berasal dari mana Nak Dugong?” (hal 84)

 Inversi
Baru semalam Ngah Dugong mati tersangkut dipukat manusia (hal 84 )

 Personafikasi
tapi nampaknya mata ini berdegil (hal 86)

 Simile
bagai pahlawan ,aku membelah air dengan deras (hal. 91)

 Dispersonafikasi
aku terhenti dan seolah – olah beku (hal. 93)

 Peribahasa
Takut nanti habis, terbuang saja sepahnya (hal. 88)

 Metrafora
Daku tiba-tiba menyemarak dengan api dendam (hal. 90)

Nilai Murni

 Kasih Sayang
Nak Dugong sedih apabila mengenangkan dirinya yang telah kehilangan kasih sayang ibu bapanya yang telah mati.
 Baik Hati dan Tolong menolong
Nak Dugong yang cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II.Sikap ini juga dapat dilihat pada Tuk Dugong yang telah menyelamatkan Nak Dugong dan menyebabkan dia terkorban.
 Menghormati orang tua dan lebih dewasa
Nak Dugong amat menghormati Tuk Dugong
 Persahabatan dan setia kawan
Nak Dugong sangup membantu Nak Dugong I dan II tetapi telah dihalang oleh Tuk Dugong.
 Pengorbanan dan tanggungjawab
Ini dapat dibuktikan oleh tindakan Tuk Dugong menyelamatkan Nak Dugong.


Pengajaran

 Kita perlulah mengambil berat terhadap hidupan laut seperti
dugong yang semakin pupus.
 Kita janganlah bersikap kejam terhadap hidupan laut sebagai
manusia membunuh yang sanggup membunuh dugong untuk mengaut untung.
 kita janganlah memburu hidupan laut untuk mendapatkan
keuntungan.
 Kita perlulah berhati-hati dan berfikir tentang kesan sesuatu
tindakan sebeblum bertindak,terutama yang melibatkan nyawa.


HIKAYAT MAT JENIN
Mohd Ismail Sarbini

Sinopsis

Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar di sekolahnya.Mat Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di situ ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya.

Tema
Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup.
Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan.

Persoalan


1. Keyakinan diri untuk mencapai impian
Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Beliau menjadikan majikannya, Haji Sapudin sebagai idolanya dalam menimba ilmu perniagaan. Akhirnya beliau berjaya.

2. Sikap positif untuk mengubah nasib diri
Pengalaman hidup susah sedari kecil membantu Mat jenin bersikap positif bagi mengubah nasib dirinya. Nasihat gurunya, Cikgu Rosli membuka matanya untuk berusaha menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

3. Kepentingan ilmu pengetahuan.
Ketabahan mengharungi dugaan hidup.
Kasih sayang.
Kemiskinan.


Watak dan perwatakan

Mat Jenin
 Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun
 Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong
 Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia
 Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia
 Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya
 Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal
 Sering diejek ketika di sekolah
 Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa
 Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli
 Gigih
 Berjaya memiliki restoran sendiri
 Berani menanggung sebarang risiko
 Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

Cikgu Rosli
 Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3
 Adik Haji Sapudin
 Pendorong kejayaan Mat Jenin
 Baik hati
 Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti

Haji Sapudin
 Abang Cikgu Rosli
 Bekas majikan Mat Jenin
 Memiliki 2 buah restoran
 Membantu Mat Jenin mengenali dan mengendalikan perniagaan
 Jujur dalam perniagaan
 Gigih berusaha
 Seorang peniaga berjaya

Raja Nor Mustaqimah
 Seorang wartawan yang menemuramah Mat Jenin
 Wanita yang cantik, tinggi lampai dan berkulit hitam manis
 Berkahwin dengan Mat Jenin

Datuk Mat Jenin
 Memberi semangat kepada Mat Jenin agar tidak berputus asa
 Bertanggungjawab memelihara Mat Jenin sejak Mat Jenin kematian kedua ibu bapanya.

Plot

1. Permulaan
 Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan datuknya
 Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh datuk dan neneknya
 Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah
 Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia

2. Perkembangan
 Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa
 Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman
 Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan daripadanya.
 Mat Jenin membuka restoran sendiri.

3. Perumitan
 Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan.
 Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim.

4. Puncak
 Mat Jenin berjaya dalam perniagaan
 Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

5. Peleraian
 Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung
 Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga.
 Dirasmikan oleh seorang menteri

Latar

Latar Tempat

 Kampung Kelapa Condong.
- Kampung Mat Jenin dibesarkan
 Sekolah Kampung Kelapa Condong.
- Mat Jenin belajar hingga ke tingkatan tiga
 Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong.
 Restoran Selera Terbuka.
- Restoran milik Haji Sapudin
- Tempat Mat Jenin menimba ilmu perniagaan
 Rumah Mat Jenin.
 Restoran Mat Jenin.

Latar Masa

 Berkisar sekitar tempoh 25 tahun
 Bermula semasa Mat Jenin masih bersekolah di sekolah rendah.
 Berakhir pada suatu hari apabila Mat Jenin bergegas untuk menghadiri majlis perasmian cawangan restorannya di Bandar K.

Latar Masyarakat

 Terdiri daripada masyarakat desa
Keluarga Mat Jenin tergolong dalam kelompok miskin tetapi amat pentingkan pelajaran
 Masyarakat yang tabah dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
 Masyarakat yang tahu menggunakan dan menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya
 Masyarakat yang sanggup membantu orang lain demi melihat bangsanya berjaya dalam hidupnya.

Gaya Bahasa

 Pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
 Terdapat penyelitan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini.

 Simile
1. Matanya seperti bintang timur.
2. Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan
3. bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi

 Personafikasi
1. Pertanyaan itu pun mengetuk-ngetuk benakku.
2. matahari terus meninggi dan melemparkan sinar teriknya
3. tikaman sinar matahari
4. pokok-pokok dab rumah di kiri kanan jalan berlari-lari ke belakang
5. deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah

 Hiperbola
1. Terasa bagai matahari telah hancur dan tidak akan muncul lagi.
2. kata-kata Haji Sapaudin mengetuk-ngetuk gegendang telingaku

 Perulangan
1. Tak kenal penat, tak kenal malu.

 Simbolik
1. Kudis.

 Sinkof
1. Guruku
2. Tau
3. Nak

 Puisi
Mat Jenin orang pelupa,
Nak kawin puteri raja,
Jatuh dari pokok kelapa,
Kesian dia.


Nilai Murni

 Kegigihan.
 Ketabahan.
 Kerajinan.
 Kejujuran.
 Tolong-menolong.

Pengajaran

 Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni.
 Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati.
 Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam Kemiskinan.
 Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita.
 Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup.


RAHSIA
Shazmee Rizal Agus Salim

Sinopsis

Seorang pencerita membongkar rahsia Amar ketika berdepan dengan kegawatan apabila pesawat yang mereka naiki menghadapi masalah teknikal.Amar yang bersama dengan anaknya,Zulfakar dalam penerbangan itu diminta untuk membantu Kapten Rashid mengendalikan pesawat tersebut.Mereka terpaksa mendaratkan pesawat itu di sebuah lapangan terbeng lama,Lapangan Terbeng Qu kerana mereka kekurangan minyak.Mereka berjaya melakukan pendaratan tetapi pesawat tersebut meletup sejurus selepas mendarat.Amar tidak dapat menyelamatkan Zulfakar .Peristiwa ini menyebabkan dia sering ke tempat penuh kenangan itu pada setiap kali dia merindui Zulfakar.Namun akhirnya Amar sedar bahawa dia terpaksa menerima hakikat kehilangan anak kesayangannya itu dan merelakan pemergiannya.

Tema

Kasih sayang dan penorbanan seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi.

Persoalan

a) Kekuatan mental dan emosi sewaktu menghadapi dugaan
Amar mengamal emosin dan ketakutanya sewaktu bersama-sama Kepten Rashid mengendali pesawat yang rosak untuk membuat perbuatan kecemasan.
b) Ilmu pengetahuan dan pengalaman
Amar dan Kaptan Rashid menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk menyelamatkan pesawat meletup di udara.
c) Tindakan dan sikap manusia
Sikap penumpang yang berlumba-lumba mahu menyelamatkan diri masing-masing dalam suasana cemas dan kelam-kabut.
d) Hati dan Perasaan
Hati Amar berbelah bagi antara kepentingan diri dan keluarga atau pesawat yang diancam bahaya.Ketika itu,perasaan penumpang dalam keadaan yang sangat cemas.
e) Kepercayaan kepada hantu atau puaka.
Penduduk setempat amat percaya kepada hantu dan menanggap tapak Landasan Kapal Terbang yang merakam peristiwa ngeri itu berhantu dan boleh membawa malapetaka kepada mereka.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Amar
a) Penyayang dan bertanggungjawab
i. Amar seorang ayah yang penyayang sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
ii. Dia bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
b) Sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa
Setelah kemalangan yang menyebabkan anaknya terkorban jiwanya tertekan.
c) Pandai menyembunyikan perasaan cemas
Ketika dia melihat bahagian bawah pesawat terbakar dia menyembunyikan perasaannya daripada pengetahuan penumpang-penumpang dan anaknya.
d) Juru terbang yang berpengalaman.
Dia dapat mengendalikan pendaratan kecemasan daripada meletup di udara.
e) Kehilangan anak dalam kemalangan pesawat
Dia tidak sempat menyelamatkan anaknya ketika kapal terbang hampir meletup.

Watak Sampingan

Kapten Rashid
a) Rakan sejawat Amar.
b) Ketua juru terbang
c) Tenang menghadapi keadaan cemas
Dia tenang keadaan cemas ketika mengendali pesawat yang sudah mula terbakar
d) Berpengalaman
Dia dapat mengendalikan pesawat yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke Bandar Tzon.
e) Bertanggungjawab dan gigih
Dia berusaha untuk menentukan pesawat dapat mendarat dengan selamat.

Zulfakar
a) Anak Amar dan Siti Zubaidah
b) Patuh kepada orang tua
Dia tidak membantah ketika Amar terpaksa ke ruang juru terbang pesawat dan meninggalkannya di bawah pengawasan pramugari.
c) tidak sabar
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan ibunya.

Plot

 Permulaan
 Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar
 Perkembangan
 Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama sambil mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya
 Perumitan
 Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang menghadapi masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat tersebut iaitu kapten Rashid .
 Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka terpaksa membuat pendaratan cemas.
 Puncak
 Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu meletup beberapa ketika selepas pendaratan tersebut.
 Peleraian
 Pembocor rahsia(kemungkinan Amar sendiri)
memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak berhantu seperti yang didakwa oleh penduduk tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar sendiri yang sering pergi ke tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar.

Latar

Latar Tempat
• Lapangan Terbang QU.
• Pondok kawalan Lapangan Terbang QU.
• Di dalam pesawat Boeing 737.
• Ruangan kokpit pesawat.

Latar Masa
• Berlangsung dalam sehari.
• Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik Lapangan Terbang QU.

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi
• Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan
• Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut

Gaya Bahasa

a) Diksi
i. Bahasa Inggeris
Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah (hal 113)
ii. Bahasa Arab
Siapa ana? Nama ana? Tidak perlulah (hal 110)

b) Pengulangan
Panas
Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh kerinduan (hal 110)

c) Pengunaan Ayat
i. Ayat Tanya
``Abi,mengapa Abi diam?Abi demamkah?(hal 110)
ii. Ayat seru
``Err… kita telah terputus hubungan dengan menara Kawalan di Lapangan Terbang Xu.
(hal 114)
iii. Ayat pendek
Lonceng pemindahan berdering (hal 119)
iv. Ayat panjang
Amar tidak tahu dalam ruang sekecil itu,yang berhenyak- henyak sesama mereka masih manusia atau apa!Mereka telah melompat dari kerusi ke kerusi (hal 120)
d) Personafikasi
Cuma pada ruang yang agak tinggi masih kelihatan tiada rumput nan melintuk-lintuk menjamah butir hujan (hal 110)

e) Simile
i. Ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat (hal 112)
ii. Pedihnya bagai disengat sekawan tembuan (hal 121)

f) Inversi
Dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat (hal 116)

g) Metafora
Air kedukaan itu berbaur dengan manik-manik hujan (hal 112)

Nilai Murni
a) Kerjasama dan tolong-menolong
Amar dan Kaptan Rashid berkerjasama mengendalikan pesawat yang hendak mendarat
b) Kasih Sayang
Amar sangat sayang akan anaknya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
c) Bertanggungjawab
Amar dan Kaptan Rashid bertanggungjawab memastikan pesawat mendarat dengan selamat dan penumpang berada dalam keadaan tenang
d) Ketenangan dan ketabahan
Amar dan Kaptan Rashid bergitu tenang mengendalikan pesawat yang hampir meletup itu
e) Bersyukur kepada tuhan
Amar bersyukur kerana semua penumpang terselamat walaupun anaknya terkorban


Pengajaran

a) Bersikap tenang ketika menghadapi suasana cemas
Kita perlulah tenang apabila menghadapi situasi yang cemas supaya setiap tindakan yang kita lakukan tidak membahayakan orang lain
b) Menghidari sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri
Jika diamalkan sikap tersebut akan merugikan diri sendiri kerana masyarakat tidak akan kukuh jika anggotanya hanya bersikap begini.Cthnya penumpang pesawat yang terburu-buru keluar tanpa memikirkan orang lain.
c) Bertawakal kpd tuhan
ketika menerima musibah atau dugaan.Cthnya Amar bertawakal kepada tuhan agar mereka selamat setelah Amar dan Kaptan Rashid berusaha bersungguh-sungguh mengendalikan pesawat itu.
d) Tidak mudah percaya kepada khabar angin atau cerita tentang hantu dan penunggu
Penduduk setempat membuat cerita bahawa ada hantu di padang itu yang mencari anaknya yang hilang.

8 ulasan:

  1. hoo... tengs2 . na mintk izin copy bley ?? heee...

    BalasPadam
  2. huh.selamat kerja sekolah aku

    BalasPadam
  3. terbaiklah cikgu .trima kasih . tak yah susah2 saya nak beli buku rujukan . huh .... =)

    BalasPadam
  4. thx....akhirnya siap keje skul aq...(^_^)

    BalasPadam
  5. thankz ckg..ahirnye siap keje saye...

    BalasPadam