Sabtu, 31 Mac 2018

NOTA NOVEL MENITI IMPIAN



                                                        NOVEL MENITI IMPIAN

SINOPSIS
Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1: Cita-cita
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan mihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu. Pak Yusuf berpesan supaya Mak Temah menyediakan makanan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan rak kasut yang sedang mereka buat disiapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang diminta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri hingga menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya berkualiti dan dapat dijual dengan harga yang murah. Pak Yusuf bertanya kepada Zahar mengenai permohonan ke IKM. Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
Bab 2: Tawaran
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar. Dia terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari segi luaran surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabot di IKM Sungai Petani. Setelah selesai solat maghrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di atas bangku di luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada Zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan Suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada di tahun ketiga dan menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca surat tawaran kemasukan ke IKM yang terletak di atas meja semula. Dengan pantas surat itu mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.
Bab 3 : Cabaran
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbau kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Bab 4 Pertemuan
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka saling bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu bahawa dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah terhadap tawaran yang diterima oleh Zahar dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan bahawa dia tidak pernah melupakan cabaran Suhaili dengan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengekori Suhaili tanpa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan
terus meninggalkan tempat tersebut.
Bab 5 : Dilema
Pak Yusuf menegur Zahar kerana sejak pagi dia kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dengan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya ke mana Zahar pergi kerana dia tidak kelihatan semalam. Zahar menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
Bab 6: Perjalanan
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Tauke Lim turut menumpang kerana kebetulan mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas akan kejadian di Alor Setar tempoh hari, iaitu semasa dia terserempak dengan Suhaili dan pemuda kacak. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Dengan. Beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan penarik perhatian. Zahar membaca poster yang berkenaan dengan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 2.30 petang. Zahar kembali melangkah diikuti Pak Yusuf dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
Bab 7: Suai Kenal
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baharu berkumpul di padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM, di situ akan didirikan bangunan asrama yang baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong-royong mereka diarahkan ke dewan makanan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
Bab 8: Kemahiran
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baharu telah ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabot. Zahar kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor penyimpanan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
Bab 9: Kepulangan
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari Sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana riuh-rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah Pak Karim untuk makan kenduri. Zahar bersalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk ke bangsal pertukangan Pak Yusuf. Dia melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahar terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar disapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan bilakah Zahar sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baharu sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar terputus apabila melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
Bab 10:Nota
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah memberitahu ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercap posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta surat itu daripada Norimi semula dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Dalam surat tersebut Suhaili menyatakan hasratnya untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk ke kelasnya semula. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa-bawa pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya. Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
Bab 11 : Parut Luka
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima oleh Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang. Maarof pula berlari-lari anak menghampiri Zahar. Dia mengajak Zahar berlatih bermain bola sepk bersama kerana kekurangan pemain.
Bab 12: Kejohanan
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan bergantung pada dirinya seorang saha tetapi sebab kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
Bab 13 : Kemenangan
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dengan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
Bab 14: Ujian
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Apabula tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya. Apabila peperiksaan disambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
Bab 15: Semangat
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi azamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas bersarapan, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar. Mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan perabot.
Bab 16: Perjuangan
Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang dinanti-nanti pun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum tersenyum kegirangan kerana hanya seorang pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulangi peperiksaan semula. Cikgu Baharum menasihati semua pelatihnya agar tidak lalai dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
Bab 17:Harapan
Enam bulan berlalu terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana ada dua peperiksaan perlu diduduki dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu ibunya dan dorongan Pak Yusuf menjadikan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan yang berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih menerima makluman daripada pihak pengurusan bahawa latihan di dalam loji adalah wajib. Hal tersebut tidak merisaukan Zahar kerana dia sanggup dihantar ke mana-mana sahaja. Dia menerima tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak dengan senang hati. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan yang serba sederhana telah diadakan. Dalam ucapannya Pengetua menyampaikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan perpisahan.
Bab 18: Matlamat
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah Zahar berpeluang membantu Pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
Bab 19: Kekesalan
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin berhaba rasanya pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur-baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.
Bab 20:Tiada Kemesraan
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di kilang sepenuhnya. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baharu dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah kerana berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan pejabat Suhaili dengan tergesa-gesa.
Bab 21:Tentang Dia
Zahar duduk di meja ruang tamu, menghirup kopi setelah pulang dari tempat kerja. Dia teringat akan rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak diutus kerana dia tidak ada keinginan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar sebab dia kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
Bab 22: Cinta dan Cita-cita
Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar menyedari bahawa Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula tetapi dia masih mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk bertemu dengannya. Bukan dia tidak mahu bertemu dengan Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia berbual-bual koong dengan Suhaili kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkan dengan apa-apa cara jua. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu beremosi. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh berlatih selama enam bulan berakhir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan pahit manis sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.
Bab 23: Terbinanya Impian
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan tidak sepenuhnya dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka. Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya diluluskan dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
Bab 24: Impian Terlaksana
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabotnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabot bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada Zahar. Sepucuk surat tersebut daripada Suhaili dan sepucuk surat lagi daripada Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar daripada siapa datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan bahawa dia akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
TEMA
Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.
PERSOALAN
1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Watak dan perwatakan
Watak utama : Zahar
Watak
• Anak sulung
• Berusia awal 20-an
• Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
• Abang kepada Zakri dan Halim
• Bapa saudaranya Pak Yusuf
• Pandai bermain bola sepak
• Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
• Lulusan SPM dan IKM
• Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
• Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ….
1. Seorang yang rajin
2. Tidak mudah berputus asa
3. Anak yang baik
4. Patuh pada arahan
5. Seorang yang tegas
6. Seorang yang tekun
7. Bersikap rasional
8. Setia kawan
9. Taat pada printah agama
10. Tahu membalas budi
11. Cinta akan kampung halamannya
12. Berkeazaman tinggi
13. Berjimat cermat dalam berbelanja
14. Anak muda yang pandai berdikari
Watak sampingan: Pak Yusuf
Watak
• Bapa saudara Zahar
• Dalam lingkungan 60-an
• Kesihatannya baik
• Mempunyai bengkel perabot
• Isterinya Mak Temah
• Dua orang anaknya sedang belajar di universiti
Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah
1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya
2. Seorang yang bertanggungjawab
3. Seorang yang gigih bekerja
4. Seorang yang pemaaf
5. Seorang yang rajin bekerja
Suhaili
Watak
• Tinggi lampai
• Berbibir nipis
• Kulitnya puth kuning
• Berlesung pipi kanan
• Kawan sekelas Zahar
• Anak ketua kampung, Pak Karim
• Lulusan ITM
• Pernah bekerja di Petaling jaya
• Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran
Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang
1. Akan mengakui kesalahannya
2. Suka memandang rendah terhadap orang lain
3. Mudah berputus asa
Ramli
Watak:
• Kawan baik Zahar
• Berasal dari Pulau Pinang
• Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
• Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
Perwatakan
1. Suka mengusik rakan
2. Pemain bola sepak yang baik
Norimi
Watak
• Kawan Zahar
• Berasal dari Johor Bahru
• Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina
Perwatakan: Norimi seorang yang….
1. Lemah -lembut
2. Mudah tersenyum
3. Cemerlang dalam pelajaran
Mak Temah
Watak
• Isteri Pak Yusuf
• Berbadan gempal
Perwatakan: Mak Temah seorang …..
1. Isteri yang bertanggungjawab
2. Suka mengusik anak buahnya
3. Mengambil berat
4. Rajin memasak
Watak-watak lain
• Mak Kiah
• Tauke Lim
• Cikkgu Baharun
• Razali
LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)
Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.
• Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
• Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
• Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
• Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam setengah
• Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
• 2.30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal
• Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
• Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
• Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
• Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan
Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.
• Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
• Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
• Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain
• Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak Karim
• Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili
• Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar.
• IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
• Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih, Sik menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin
Latar Masyarakat dan contohnya
• Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya.
• Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
• Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama
• Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
• Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.
• Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar
• Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
• Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.
• Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.
Gaya Bahasa
  • Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita lebih menarik
  • Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah
a) Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;
 memukul jantung hatinya (Hal. 13)
 …..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)
 Zahar tidak mahu gelombang resah…..(Hal. 61)
 Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)
b) Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih IKM, me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.
c) Sinkope – dah, tu, tak, kau
d) Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului oleh kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;
 bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi…(Hal.14)
 Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180
 Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam
 Kata-kata yang bagai sembilu
 Bagaikan belati tajam
e) Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ; Contoh:
 Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-lumatnya (hal.72)
 Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)
 ..perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan…(Hal. 90)
f) Peribahasa – Contoh; ‘
 Tentulah berat kakinya untuk melangkah
 …patutlah macam isi dengan kuku
 Zahar tidak pernah berat mulut
 Berat tulang
 Pucuk dicita ulam mendatang
g) Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.
 Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)
 Biar peluh pak cik menitik bersama peluh kau. (Hal. 7)
h) Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana
i) Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan berakhir.
j) Kata ganda
 Manik-manik peluh
 Kawan-kawan
 …pokok-pokok
 Sebaik-baiknya
k) Personifikasi
 Panas yang membakar atas zink bengkel
 Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
 Sinar mata mengerlip di mata tuanya
 Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi
 …cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan
 Warna senja mulai memanah suasana
 Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
 …nadanya menikam jantung Zahar
l) Penggunaan bahasa Inggeris
 Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension, urgent, traffic
Nilai dan pengajaran
  • Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi
  • Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang patut dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya bermula dengan…kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah
Nilai dan Pengajaran berserta Contohnya
  1. Bertanggungjawab
    Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan
    Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.
  2. Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya,
    Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri.
  3. Bermaaf-maafan
    Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita
    Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM
  4. Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai minggu suai kenal
  5. Keyakinan
    Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri
    Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya
  6. Setia kawan (setia kepada kawan)
    Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalan Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan
  7. Kerajinan
    Kita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik / mendapat rezeki yang bertambah baik
  8. Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya
  9. Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel
  10. Keprihatinan
    Kita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susah
    Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu.
  11. Berdisiplin
    Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada
    Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer
  12. Ketabahan
    Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain
    Zahar tabah apabila dipandang rendah oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM
  13. Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya
  14. Kerjasama
    Kita mesti bekerjasama untuk mencapai kejayaan
    Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar
  15. Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak seluas padang bola dalam masa yang singkat.
  16. Berpendirian tegas
    Kita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip atau pendirian yang telah kita tetapkan
  17. Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri
  18. Keberanian
    Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diri
    Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal
    Bergotong-royong
    Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudah
    Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik pacaran cahaya matahari
  19. Berbelanja dengan berhemah
    Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.
  20. Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi
  21. Ketekunan
    Kita mesti tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukan
  22. Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun
  23. Kesederhanaan (tidak melebih-lebihkan)
    Kita mestilah bersikap sederhana atau merendah diri, terutamanya apabila berada di tempat orang
  24. Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting
  25. Kegigihan
    Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan
    Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
  26. Menghormati orang lain
    Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita
    Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat dan menyediakan jamuan ringan.
  27. Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita Zahar begitu menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu pertukangan kepada anak-anak muridnya
  28. Baik hati
    Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lain
    Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan
  29. Keinsafan
    Kita mestilah menginsafi sebarang kesalahan yang pernah kita lakukan Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM
  30. Kebijaksanaan
    Kita haruslah bijak dalam menangani sesuatu permasalahan atau berhadapan dengan apa-apa jua keadaan
  31. Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak IKM Alor Setar
Tamat

Report this ad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan