Rabu, 4 November 2009

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: PROSA TRADISIONAL

PAK BELALANG

SINOPSIS

Seorang juragan datang menghadap Raja Indera Maya.Juragan itu membawa anak-anak itik yang baru menetas.Dia meminta Raja Indera Maya menentukan jantan atau betina itik tersebut.jika Raja Indera Maya gagal menekanya, kerajaan Indera Maya akan menjadi miliknya dan jika Raja Indera Maya berjaya,Juragan itu akan menyerahkan ketiga-tiga buah kapal serta muatannya.Raja Indera Maya bersetuju.Baginda menintahkan ahli nujum, iaitu Pak Belalang ke Istana.
Pak Belalang Pulang kerumah dengan hati yang bimbang.Dia takut akan pembohongannya selama ini diketahui orang.Sungguh pun begitu,Pak Belalang tetap berdoa agar tuhan memakbulkan permintaannya.
Pada malam ketiga ,Pak Belalang mendapat akal.Dia bersampan menuju ke kapal juragan.Sewaktu menghampiri kapal tersebut ,dia terdengar juragan sedang berbual-bual dengan isterinya tentang cara-cara untuk menentukan jantan atau betina itik yang baru menetas itu.Pak Belalang pulang kerumah dengan senang hati.
Setelah tiba hari yang dijanjikan,Pak Belalang dipersilakan datang ke Istana.Pak Belalang meminta sebekas air lalu melepaskan anak-anak itik ke dalamnya.Pak Belalang memberitahu bahawa anak itik yang menyelam terlebih dahulu itu ialah itik jantan manakala yang menyelam kemudian ialah itik betina.
Akhirnya, Raja Indera Maya memiliki ketiga-tiga buah kapal dengan muatannya sekali.Juragan ,Isteri ,dan anak kapal balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.Juragan amat menyesal kerana memberitahu jawapan teka-teki kepada isterinya pada malam itu.


TEMA

Tema cerita Pak Belalang adalah tentang kebijaksanaan,iaitu orang yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan.

Contohnya:

Pak Belalang merupakan seorang yang bijaksana kerana mampu meneka jantina anak itik seperti yang dipersoalkan oleh juragan kapal. Pada hakikat sebenarnya, Pak Belalang tidak tahu jawapan tersebut tetapi dia tetap berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pergi mendekati kapal juragan dan akhirnya dia memperoleh jawapan tersebut apabila isteri juragan ingin tahu benar akan jawapan tersebut.

PERSOALAN

] Usaha tangga kejayaan
] Malang tidak berbau atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
] Orang yang tamak selalu rugi
] Masyarakat yang suka bertaruh
] Nasib yang baik akan menyebelahi orang yang benar


WATAK DAN PERWATAKAN

Pak Belalang

] Seorang yang bijaksana
] Mempunyai hubungan yang baik dengan raja
] Berfikiran kritis dan bijak bertindak semasa menghadapi masalah
] Menjadi orang harapan raja untuk menyelesaikan masalah menentukan jantina anak itik
] Mengaku kepada raja bahawa dirinya seorang ahli nujum serta memliki banyak buku rujukan tentang nujum
] Selalu bernasib baik
] Menjadi ahli nujum istana

Juragan

] Seorang ahli perniagaan
] Kaya dan berharta
] Mengemukakan teka-teki kepada raja
] Mempertaruhkan tiga buah kapal dan muatannya jika teka-teki dapat dijawab
] Tamak kerana ingin cepat kaya
] Tidak berhati-hati apabila bercakap
] Mengalami kerugian apabila teka-teki dapat dijawab oleh ahli nujum

Raja Indera Maya

] Raja yang berani
] Suka bertaruh
] Tidak berfikir panjang ketika mempersetujui sebarang syarat pertaruhan
] Terlalu yakin kepada ahli nujum


Isteri Juragan

] Wanita yang pandai memujuk suaminya untuk mengetahui sebarang rahsia
] Tidak memikirkan risiko sekirannya rahsia terbongkar

LATAR

Latar tempat

] Di negeri Indera Maya
] Di balairung istana
] Di rumah Pak Belalang
] Di atas kapal Juragan yang sedang belabuh

Latar masa

] Selama tiga hari

Latar masyrakat

] Masyarakat yang terdiri daripada raja dan pembesarnya
] Masyarakat yang setia kepada raja
] Masyarakat yang menganut agama Islam
] Masyarakat yang menjalankan perniagaan
] Masyarakat yang suka bertaruh
] Masyarakat yang bersikap tamak

PLOT

] Permulaan

Juragan membawa tiga buah kapal ke negeri Indera Maya.Beliau mengajak Raja Indera Maya bertaruh untuk mengenal jantina anak itikyang baru menetas.Cegarannya ialah tiga buah kapal dengan muatannya dan Negri Indera Maya

] Perkembangan

Raja Indera Maya bersetuju.Baginda meminta tempoh selama tiga hari.Selepas itu baginda menintahkan Pak Belalang datang keistana.Pak belalang berasa susah hati kerana dia tidak tahu jawapannya.

] Perumitan

Pak Belalang dukacita kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mula berasa takut rahsianya terbongkar

] Klimaks

Pada malam ketiga,Pak Belalang pergi ke kapal Juragan.Pak Belalang terdengar akan berbualan antara Juragan dengan isterinya tentang jawapan teka-teki itu.

] Peleraian

Pak Belalang berjaya menjawab soalan teka-teki dengan tepat.Juragan menyerahkan tiga buah kapal berserta muatanya kepada Raja Indera Maya.Dia bersama-sama dengan isterinya dan mengikut nya kembali ke negeri asal mereka.

GAYA BAHASA

] Bahasa Klasik
Contoh: sahaya, jeragan, tib
] Bahasa Istana
Contoh: tuanku, baginda, patik, beta, menteri, hulubalang, sida-sida, sarwa, hatta dan biduanda
] Penggunaan pangkal mula ayat
Contoh: hatta, maka, syahadan, sebermula
] Bahasa Arab
Contoh: kudrat, Ya Allah, ya rabbi, ya sayidi ya maula, Allah subhanahu wata’ala, makbul, fasal

NILAI

] Kebijaksanaan
Contoh:
Nilai ini ditonjolkan oleh Pak Belalang yang perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapatkan jawapan teka-teki yang dikemukankan oleh Juragan

] Keberanian
Contoh:
Pak Belalang sanggup meredah pekat malam untuk ke kapal Juragan bagi mencari jawapan teka-teki tersebut

] Hormat-menghormati
Contoh:
Pak Belalang amat menghormati dan taat kepada Raja Indera Maya. Manakala Juragan juga sebagai orang luar amat menghormati peraturan negeri yang tetapkan oleh Raja Indera Maya.

] Bertimbang rasa
Contoh:
Raja bersimpati dengan nasib Juragan yang kalah dalam pertaruhan. Raja membekalkan tiga buah perahu dan bekalan yang mencukupi bagi membolehkan Juragan dan anak-anak kapalnya pulang ke tempat asal mereka.

PENGAJARAN

] Kita hendaklah yakin pada diri sendiri dalam semua perkara yang kita lakukan
] Kita hendaklah bersifat proktif dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah
] Setiap orang hendaklah hormat dan taat pada raja
] Jangan suka bertaruh atau berjudi kerana akan merugikan diri sendiri
] Jangan suka berbohong kerana orang yang suka berbohong hidupnya tidak selamat dan sentiasa bersusah hati


HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI


SINOPSIS

Raja Melaka diiringi oleh pengawai- pengawai kerajaan dan pembesar negeri menghadap seri Betara Majapahit.Seri Betara Majapahit menpersilakan Raja Melaka menjamu selera di peseban.Tiba-tiba parajurit tua kerajaan majapahit bernama Taming Sari mengamuk.Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya akan dibunuhnya.Melihat yang demikian,Seri Betara memimpin Raja Melaka masuk ke istana.Tun Tuah berasa gembira tindakan Seri Betara itu.TunTuah mencari-cari patih gajah Mada yang dikatakan sungguh berani, tetapi telah menghilangkan diri.
Tun Tuah naik ke peseban untuk bertaruh dengan Taming Sari.Tun Tuah menikam Taming Sari dengan kerisnya tapi tubuh Taming Sari tidak lut.Oleh itu,TunTuah mencari helah, kononnya mahu merampas takhtah Majapahit dan kemudian melantik Taming Sari sebagai Ratu dengan syarat mereka bertukar senjata.Setelah bertukar senjata,Tun Tuah menikam Taming Sari sehingga mati.Tun Tuah mempersembahkan keris Taming Sari kepada Seri Betara.Seri Betara telah menganugerahkan keris Taming Sari, kawasan anak sungai Jemaja dan jawatan Laksamana kepadaTun Tuah.

TEMA

Tema cerita ini tersirat melalui watak Tun Tuah pahlawan Melayu Melaka yang handal dan bijaksana ketika menentang Taming Sari dan berjaya mengalahkannya.

PERSOALAN

] Setiap negeri mempunyai pahlawan negara yang gagah perkasa lagi berani
Contoh:
Hang Tuah rela bertarung dengan Taming Sari yang sedang mengamuk.

] Kebijaksanaan berfikir dan bertindak bagi menghapuskan kejahatan dan kekejaman
Contoh:
Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu Taming Sari bagi mendapatkan keris tersebut.


WATAK DAN PERWATAKAN


Hang Tuah

] Mengiringi Raja Melaka ke Majapahit
] Gagah, berani, tangkas bermain senjata
] Berpangkat Laksamana
] Taat dan setia kepada raja
] Bijaksana


Taming Sari

] Memiliki senjata Taming Sari
] Perajurit tua dari Majapahit
] Bertubuh kebal dan tidak lut senjata
] Kejam membunuh
] Mudah terpedaya tipu muslihat Hang Tuah
] Mati dibunuh Hang Tuah

Betara Majapahit

] Pemerintah kerjaan Majapahit
] Menghormati tetamu
] Bertanggungjawab
] Pemurah dan mengenang jasa Hang Tuah

LATAR

Latar tempat

] Negeri Majapahit
] Di istana RatuMjapahit
] Di luar pintu Peseban
] Di Peseban
] Di tengah Pesara

Latar masa

] Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Latar masyarakat

] Golongan istana (Betara Majapahit dan Raja Melaka)
] Golongan pembesar ( Patih Gajah Mada, Perdana menteri, laksamana)
] Negeri yang diperintah oleh Raja
] Masyarakat Jawa di Majapahit
] Masyarakat yang setia kepada raja
] Golongan pahlawan

PLOT

] Permulaan

Seri Betara dan rakyat Jawa meraikan kedatangan Raja Melaka dan rombongan di istana Majapahit.

] Perkembangan

Taming Sari mengamuk.Dia mebunuh banyak orang.Seri Betara memimpin Raja Melaka ke dalam istana.

] Perumitan

Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari

] Klimaks

Tun Tuah menikam Taming Sari tapi tubuhnya tidak lut.TunTuah mencari helah dengan mengatakan akan melantik Taming Sari sebagai Ratu Majapahit jika mereka berjaya merampas Kerajaan Majapahit. Meraka bertukar senjata. Tun Tuah menikam Taming Sari.Taming Sri mati.

] Peleraian

Seri Betara mengurniakan gelaran Laksamana , keris Taming Sari dan kawasan anak sungai Jemaja kepada Tun Tuah.

GAYA BAHASA

] Bahasa Klasik
Contoh:
Peseban, ceterua, sida-sida, bentara, piala, penjurit, pendua, memekis, penggawa, pelenter, papan khambi, tertitar-titar, lamun

] Bahasa Istana
Contoh:
Santap, tuanku, duli, patik, baginda, ratu, titah dll.

] Bahasa Jawa
Contoh:
Pakanira, manira, kiai, adipati

] Kata pangkal ayat
Contoh:
hatta, maka

] Simile
Contoh:
i. datangnya itu seperti baling-baling
ii. bernyala-nyala seperti ap

NILAI

] Keberanian
Contoh:

Hang Tuah menunjukkan sifat beraninya apabila telah tampil ke hadapan untuk melawan Taming Sari yang sedang mengamuk sedangkan pahlawan Majapahit yang lain melarikan diri.

] Rasional, berfikir secara kritis, dan bernas untuk mengelesaikan masalah
Contoh:
Hang Tuah telah bertindak bijak dengan memperdayakan Taming Sari yang sukar dibunuh dengan adanya keris Taming Sari itu. Hang Tuah membuat helah untuk mendapatkan keris itu agar Taming Sari dapat dibunuh.


] Berterima kasih
Contoh:
Betara Majapahit menghadiahkan anak sungai Jemaja dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah setelah berjaya membunuh Taming Sari.

PENGAJARAN

] Kita hendaklah menggunakan akal fikiran untuk menewaskan musuh dan bukan mengantung pada kekuatan fizikal sahaja
] Keberanian untuk mempertahankan tanah air tercinta perlu ada pada diri setiap rakyat agar nama baik dan maruah negara terpelihara.
] Kita hendaklah menjalankan tugasnya yang diamnahkan pada kita
] Kita hendaklah mengenang jasa orang lain terhadap kita
] Kita hendaklah berfikir dengan bijaksana supaya tidak terpedaya dengan tipu helah orang lain

PATUNG KENCANA DARI KURIPAN

SINOPSIS

Ratu Kuripan mendengar berita bahawa Ratu Daha kematian isteri.Permaisuri meninggal dunia kerana memakan racun akibat terlalu kecewa dengan sikap Ratu Daha yang amat menyayangi isteri mudanya, iaitu Paduka Liku.Semenjak kematian bondanya ,Raden Galuh Cendera Kirana sentiasa bersedih oleh itu ,Ratu Kuripan menyuruh Raden Inu Kartapati ,iaitu tunang Raden Galuh cendera Kirana membuat anak-anakan (patung) untuk menghiburkan hati Raden Galuh Cendera Kirana .
Raden Inu Kertapati membuat dua anak-anakan yang diperbuat daripada emas dan perak.Anak-anakan yang dibuat daripada emas dibungkus dengan kain buruk manakala anak-anakan yang diperbuat dari perak dibungkus dengan kain sutera dewangga .Kedua-dua anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha . Raden Galuh Ajeng,iaitu anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan kain sutera dewangga .Bungkusan sebuah lagi diserah kepada Raden Galuh Cendera Kirana.Raden Galuh Cendera Kirana berasa sungguh sedih tetapi apabila bungkusan itu dibuka ,dia berasa amat gembira kerana mendapat anak-anakan yang diperbuat dari emas bermata belian .Raden Galuh Ajeng hanya mendapat anak-anakan dibuat dari perak bermata batu.Raden Galuh Cendera Kirana berasa amat gembira menerima pemberian daripada tunangnya .


TEMA

Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas.

PERSOALAN

] Hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga akan menjalinkan kemesraan dengan ahli keluarga .Ratu Kuripan menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan menghadiahkan anak-anakan emas kepada Galuh Cendera Kirana yang sedang kesedihan kerana kematian bondanya .Demikian juga Raden Inu,tunangnya Galuh Cendera Kirana yang membuat sendiri anak-anakan itu menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain yang amat erat.Hubungan kekeluargaan yang terbentuk sudah pasti akan semakin erat.

] Sesuatu yang kelihatan cantik tidak semestinya mengambarkan kebaikan isi di dalamnya.Ramai orang yang terpedaya dengan gambaran luaran yang menarik hati .sesuatu yang cantik dan menarik diluar tidak semestinya mengambarkan kecantikkan didalamnya.Demikianlah,anak-anakan perak yang berbungkus kain sutera menjadi pilihan Galuh Ajeng,manakalan anak-anakan emas yang berbungkus kain buruk telah diberikan kepada Galuh Cendara Kirana.


WATAK DAN PERWATAKAN

Galuh Cendera Kirana

] Puteri Ratu Daha
] Tunangan Raden Inu Kertapati
] Telah kematian bondanya
] Tidak diperdulikan oleh ayahandanya yang sudah terpengaruh dengan kata-kata isteri mudanya,Paduka Liku.
] Mempunyai saudara perempuan,Galuh Ajeng,anak Ratu Daha dengan Padika Liku.
] Berasa sedih dan sugul atas nasib yang menimpa dirinya.
] Mempunyai dua orang ibu tiri,PadukaLiku dan Mahadewi yang mengambil berat tentang dirinya.
] Taat dan Patuh kepada orang tuanya.
] Dikasihi dan disayangi oleh Ratu Kuripan.

Ratu Kuripan

] Raja Negeri Kuripan
] Bersaudara dengan Ratu Daha
] Ayahanda Raden Inu Kertapati
] Bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Galuh Cendera Kirana
] Mencari jalan untuk mengembirakan hati Galuh Cendera Kirana
] Amat mengasihi Galuh Cendera Kirana
] Sangat marah apabila mengetahui Ratu Daha tidak memperdulikan Galuh Cendera Kirana keran sudah terpengaruh dengan Paduka Liku.

Galuh Ajeng

] Anak Puteri Daha dengan Paduka Liku.
] Saudara Galuh Cendera Kirana yang berlainan ibu.
] Disayangi oleh Ratu Daha melebihi Galuh Cendera Kirana
] Terlalu manja
] Bertindak keanak-anakan dan bodoh.

Ratu Daha

] Ayahanda Galuh Cendera Kirana dan Galuh Ajeng.
] Baru kematian permaisuri
] Mempengaruhi

Paduka Liku

] Isteri muda ratu negeri Daha
] Mengenakan ilmu pengasih kepada ratu Daha agar mendengar katanya
] Penyebab permaisuri meracuni dirinya sendiri, bonda galoh Cendera Kirana kerana cemburu
] Pentingkan diri sendiri
] Ibu tiri yang jahat


PLOT


] Permulaan

Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.


] Perkembangan

Ratu Kuripan memerintahkan orang membuatkan anak patung bagi menghiburkan hati Galoh Cendera Kirana


] Perumitan

Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak .Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu dihantar ke negri Daha

] Klimaks

Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu.

] Peleraian

Raden Galuh Kirana berasa gembira walaupun menerima bungkusan yang dibungkus buruk tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada emas bermata berlian.


LATAR

Latar tempat

] di negeri Daha dan Kuripan
] di istana Kampong Karangan,Kuripan

Latar masa

] Berlaku pada zaman kerajaan Jawa lama

Latar masyarakat

] Masyarakat yang mengamalkan system beraja
] masyarakat tradisi di jawa mengamalkan poligami
] Masyarakat yang taat kepada pemimpin dan setia melaksanaakan perintah
] masyarakat yang memiliki belas kasihan
] Masyarkat yang kreatif dalam pertukangan tangan
] Masyarakat tradisional yang bijak berfikir
] Masyarakat yang mengamalkan petunangan di kalangan keluarga diraja
] masyarakat yang mengamalkan budaya hormat-menghormati
] masyarakat yang mengamalkan budaya berkirim salam

GAYA BAHASA

] Bahasa Istana
Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka

] Bahasa klasik
Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana

] Bahasa Arab
Contoh: wallahu a’lam

] Simile
Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri

] Hiperbola
Contoh:
i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan
ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya

NILAI

] keadilan
Contoh:
Kita perlu sentiasa berlaku adil. Sikap Ratu Daha yang tidak adil sering mementingkan isteri mudanya daripada permaisuri dan Galoh Cendera Kirana.

] Belas kasihan
Contoh:
Ratu Kuripan amat mengasihani Galoh Cendera Kirana yang baru kematian ibunya.

] Kasih-sayang
Contoh:
Sebagai ibu tiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan kasih terhadap anak tirinya tetapi berbeza dengan sikap isteri muda Ratu Daha terhadap Galoh Cendera Kirana yang amat membencikan anak tirinya.

] Baik hati
Contoh:
Kita harusnya mengamalkan sikap baik hati bukannya hasad dengki. Isteri muda Ratu Daha amat cemburukan permaisuri hingga menyebabkan permaisuri membunuh diri dengan meminum racun.

PENGAJARAN

] Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja kerana kita akan tertipu dengannya
] Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang, sebaliknya berilah kasih sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-isteri
] Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang bernasib malang setelah kematian orang yang dikasihinya
] Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan


RAJA BERSIUNG

SINOPSIS

Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit kepada menterinya.Menteri yang melihat giginya itu memberitahu bahawa ada siung tumbuh diantara gigi manis.Seorang menteri mencadangkan Raja Ong tidak memakan gulai lecek batang bayam lagi.Raja Ong enggan kerana gulai tersebut sangat digemarinya semenjak kecil lagi.Semenjak itu Raja Ong digelar Raja Bersiung.
` Pada suatu hari, ketika sedang memasak, jari tukang masak itu terluka dan darah dari jarinya menitis ke dalam gulai bayam.Raja Bersiung merasakan gulai itu bertambah lazat dari hari-hari yang sebelumnya. Oleh itu, dia memaksa tukang masak memberitahu hal yang sebenar.Tukang masak terpaksa memberitahu segala yang berlaku.Semenjak hari itu, Raja Ong mengarahkan menteri membunuh rakyat yang bersalah dan rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan darah dan hatinya.Rakyat jelata berada dalam ketakutan.
Pada suatu hari, seorang pahlawan bernama Kampar dari Seri Gunung Ledang datang ke negeri Raja Bersiung.Dia sengaja membuat jahat supaya ditangkap sewaktu bertarung dengan Raja Bersiung,Kampar bertukar menjadi seekor babi tunggal,seekor ular tedung sela dan seekor harimau yang garang.Apabila Kampar bertukar menjadi harimau,dia terkena bedil pemuras lalu melarikan diri kedalam hutan.
Selepas peristiwa itu,menteri keempat telah menasihati raja supaya menghentikan tabiat gemar memakan hati dan darah manusia.Raja Bersiung enggan.Oleh itu,menteri keempat menghimpunkan rakyat dan tentera untuk menyerang Raja Bersiung.Mereka masuk ke istana tetapi Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan.Menteri keempat gagal menjejaki Raja Bersiung.Akhirnya,baginda tinggal dengan orang bertanam sirih di sebuah dusun di sempadan Patani.Baginda tidak dikenali oleh sesiapapun

TEMA

Tema cerita Raja Bersiung adalah tentang kejahatan dibalas dengan kejahatan, iaitu Raja Bersiung yang zalim akhirnya dihalau oleh rakyat negaranya sendiri.

PERSOALAN.

] Raja yang baik dijunjung, raja yang zalim disanggah.
Contoh:
Raja Bersiung yang membunuh rakyat demi untuk memuaskan nafsu seleranya telah dihalau oleh rakyat dari negaranya sendiri.

] Bersatu membawa berkat.
Contoh:
Menteri keempat, rakyat jelata, dan tentera telah bekerjasama mengusir Raja Bersiung yang zalim.Akhirnya mereka berjaya.

] Raja sangat berkuasa dan nasib rakyat ditentukan oleh raja dalam sesebuah negeri.
Contoh:
Rakyat dalam negeri Kedah dalam ketakutan kerana raja mereka zalim.

WATAK DAN PERWATAKAN

Raja Bersiung

] Nama sebenarnya Raja Ong Maha Perita Derita.Pemerintah negeri Kedah.
] Gemar makan gulai lecek batang bayam dengan daunya hingga tumbuh siung antara gigi manisnya.
] Raja yang zalim dan memetingkan diri sendiri.Menitahkan rakyat yang bersalah dan tidak bersalah dibunuh untuk mendapatkan darah dan hati mereka.
] Seorang yang berani kerana sanggup melawan rakyat dan pembesar negeri seorang diri
] Terpaksa melarikan diri kedalam hutan dan tinggal dengan orang yang menanam sirih di dusun di sempadan Patani.

Menteri keempat

] Pembatu raja bersiung
] Suka menasihati rajanya
] Bersifat penyayang
] Bermuafakat untuk menentang Raja Bersiung
] Mereka berani menyerang istanaRaja bersiung demi menyelamatkan rakyat yang tidak berdosa
] Tindakkan berjaya menghalang Raja Bersiung

Kampar

] Orang jahat
] berasal dari Seri Gunung Ledang
] Memiliki ilmu kebal
] Senggaja melakukan kesalahan supaya ia di tangkap
] Berani menegur Raja Bersiung yang hendak membunuhnya
] Dapat menangkis orang yang hendak membunuhnya
] Menjelma sebagai harimau

PLOT

] Permulaan

Raja Ong Maha Derita digelar Raja Bersiung kerana tumbuh suing diantara gigi manisanya.

] Perkembangan

Raja bersiung ketagih darah dan hati manusia apabila baginda merasakan gulai lecek batang bayam lebih lazat apabila bercampur dengan darah tukang masak.

] Perumitan

Rakyat yang bersalah dan rakyat tidak bersalah dibunuh kerana Raja Bersiung mahukan darah dan hati manusia.Raja Bersiung bertaruh dengan Kampar yang boleh menyerupai pelbagai binatang.Kampar melarikan diri ke hutan .Menteri keempat menasihati Raja Bersiung supaya berhenti daripada membunuh rakyat jelata.Raja Bersiung enggan.

] Klimaks

Menteri keempat,tentera, dan rakyat menyerang Raja Bersiung.Raja Bersiung terpaksa melarikan diri ke hutan.

] Peleraian

Raja Bersiung tinggal dengan orang menanam sirih di dusun di sempadan Patani.

LATAR

Latar masa

] Pada zaman dahulu iaitu pada kerajaan Kedah Lama
] Pada masa itu Kedah berada di bawah naungan Siam

Latar tempat

] Di istana Raja Bersiung
] Di sebuah kampung yang letaknya si sempadan Kedah dengan Patani

Latar masyarakat

] Masyarakat pada zaman feudal yang diketuai oleh seorang raja
] Pemerintahan yang kejam kerana membunuh rakyat sesuka hati untuk mendapatkan darah dan hati
] Masyarakat yang hidup dalam ketakutan kerana kekejaman Raja Bersiung
] Masyarakat yang memiliki ilmu kesaktian
] Masyarakat yang suka memberikan nasihat
] Masyarakat yang berkerjasama untuk menghapuskan kezaliman
] Masyarakat yang berani untuk kepentingan rakyat

GAYA BAHASA

] Dialek
Contoh: dialek Kedah (lalu, tiada sangga ,nyiur, penggodam)

] Bahasa istana
Contoh: tuanku, patik, sembah, biduanda, santap, beta

] Bahasa klasik
Contoh: kemasyghulan, dusun, keluaran, hatta,maka,adapun,bermula,tatkala

] Ayat panjang
Contoh:
Demi dilihat oleh ular makin banyak datang itu,….tiada sanggan bunyi lagi dengan suara manusia .
] Simile
Contoh:
i. Besarnya seperti perdu nyiur
ii. Bergemuruh bunyinunya bagaikan kiamat suaranya itu
iii. Seperti akan tercabut kota
iv. Licin seperti minyak


] Hiperbola
Contoh:
Tiada dimakan oleh besi tubuhnya, dan ...... pelurunya itu pun habislah terpelanting ke sana kemari menjadi kemik pelurunya.

NILAI

] Keadilan
Contoh:
Raja Bersiung tidak menunjukkan keadilan dalam pemerintahannya. Sebaliknya rakyat terpaksa hidup menderita akibat sikap raja yang mementingkan diri sendiri. Baginda mahu membunuh rakyatnya kerana mahukan darah.

] Bertanggungjawab
Contoh:
Baginda tidak memikul tanggungjawab sebagai raja tetapi 4 orang menterinya yang menjaga kepentingan rakyat serta bersepakat untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi kesejahteraan rakyat.

] Keberanian
Contoh:
Kampar dengan beraninya menentang Raja Bersiung.

] Kerjasama
Contoh:
Kerjasama antara rakyat dengan pembesar istana untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi mewujudkan kembali keamanan dan kesejahteraan rakyat.

] Berperikemanusiaan
Contoh:
Raja tidak berperikemanusian kerana sanggup membunuh dan mengorbankan rakyat yang tidak berdosa semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

PENGAJARAN

] Pemerintah tidak harus bertindak zalim terhadap golongan rakyat
] Seseorang raja hendaklah mendengar nasihat daripada menteri-menterinya
] Kita hendaklah berani bertindak demi menjaga keselamatan bersama
] Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan






1 ulasan:

  1. terima kasih tentang informasi yg diberikan.. siap la jgak omw0k sy.. hikhik

    BalasPadam