Selasa, 10 November 2009

UNSUR GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

GAYA BAHASA


1 Aliterasi : Pengulangan huruf konsonan yang sama dalam satu baris
Hati terkenang mulut menyebut

(pengulangan konsonan t)

2 Alusi Bahasa kiasan yang merujuk kpd sesebuah karya sastera kebiasaannya merujuk kpd watak atau peristiwa ` Dia berpaling ke kiri, kemudian mendongak bagaikan Ibrahim mahu menyembelih anaknya dalam peristiwa korban yang pernah dibacanya ‘

3 Anafora Perulangan diksi di awal baris ayat Banyak udang banyak garam,

Banyak orang, banyak ragam.

4 Analogi Perbandingan antara dua benda yg sesungguhnya berlainan tetapi masih ada ciri-ciri persamaan Seekor ikan paus yang besar dapat menjadi analogi kepada sebuah kerajaan

5 Asonansi Pengulangan huruf vokal iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam deretan kata Tenang-tenang air di laut (pengulangan vokal a)

6 Diksi Pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan

7 Epifora Perulangan diksi pada akhir baris ayat Keli masuk ruan keluar,

Matahari masuk bulan keluar,

8 Hiperbola Perbandingan secara melampau Ramainya tidak lagi terperi

9 Imej/ Imej alam semulajadi Laut, tanjung, darat, pantai dll

10 Inversi Ayat songsang Hati di dalam amat dukacita

Di dalam hati amat dukacita

11 Ironi Bahasa kiasan yg menjelaskan makna sebenar dgn kata-kata yg memberi makna yang bertentangan “Lain kali datanglah lagi, aku akan berikan hadiah yang lebih besar”

(makna ayat: Jangan datang lagi)

12 Metafora Perbandingan sesuatu dengan yang lain secara ringkas dalam dua perkataan ( bahasa kiasan) Terang (abstrak) bulan

( konkrit) di malam sepi

13 Paradoks Satu pernyataan ganjil atau bertentangan sesama sendiri ‘mati dalam hidup’, ‘tangis dalam ketawa’, ‘ benci tapi rindu’

14 Peribahasa Ungkapan ringkas yang indah Bagai melukut di tepi gantang

15 Perlambangan/ simbolik Melambangkan sesuatu situasi Biar buruk kain dipakai

( membawa maksud kemiskinan)

16 Personifikasi Memberikan sifat manusia kepada bukan manusia i. Nanti lesong dimakan pahat

ii. Bulan purnama dating menerpa

17 Repitasi Perulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki Banyak udang banyak garam,

Banyak orang, banyak ragam.

18 Responsi Perulangan diksi di tengah baris ayat Dahulu parang sekarang besi,

Dahulu sayang sekarang benci,

19 Simile Perbandingan terus dua objek yang mempunyai sifat yang sama. Biasanya menggunakan perkataan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘umpama’, ‘bak’, atau ‘laksana’ Pulang ke rumah bagaikan lari

20 Simplok Perulangan diksi pada awal dan akhir baris ayat Sudah gaharu, cendana pula,

Sudah tahu, bertanya pula,

21 Simpulan bahasa Kata-kata indah yang membawa maksud tertentu Hisap darah, mata keranjang, telinga nipis dll

22 Sinkof Perkataan yang diringkaskan i. tidak = tak

ii. hendak = nak

iii. aku = ku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan